Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tribunal Disiplin tolak aduan Parti Liyani terhadap 2 pendakwa raya

Anggaran Waktu Membaca:
Tribunal Disiplin tolak aduan Parti Liyani terhadap 2 pendakwa raya

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Mar 2022 05:26PM Dikemas Kini : 16 Mar 2022 05:27PM

SINGAPURA: Tribunal disiplin sudah menyiasat dan menolak aduan salah laku yang dikemukakan oleh Parti Liyani terhadap dua pendakwa raya yang mengendalikan perbicaraan kes kecurian berprofil tinggi melibatkan pembantu rumah hijrahan tersebutdi Mahkamah Negara.

Tribunal yang dilantik oleh mahkamah itu, terdiri daripada Hakim Kanan Chao Hick Tin dan Encik Patrick Ang dari firma guaman Rajah & Tann, mengatakan dalam keputusan pada 10 Mac bahawa mereka mendapati "tiada bukti dan alasan yang mencukupi untuk mengenakan tindakan disiplin" terhadap Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Wee Hao dan Tan Yanying.
 

Tribunal tersebut juga akan menyerahkan dapatannya kepada Hakim Besar Sundaresh Menon.

Perkembangan terbaru ini boleh menamatkan tindakan guaman Cik Parti. Tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Cik Parti untuk mendapatkan pampasan bernilai S$10,000 daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung kes berkenaan.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan