Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tribunal Disiplin dapati Lee Suet Fern bersalah atas tingkah laku urus wasiat terakhir Lee Kuan Yew

Menantu perempuan mantan perdana menteri Lee Kuan Yew, Lee Suet Fern, didapati bersalah atas tingkah laku yang melanggar tugas profesionalnya sebagai peguam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Feb 2020 10:33PM Dikemas Kini : 23 Feb 2020 10:40PM

SINGAPURA: Menantu perempuan mantan perdana menteri Lee Kuan Yew, Lee Suet Fern, didapati bersalah atas tingkah laku yang melanggar tugas profesionalnya sebagai peguam.

Ia berkaitan dengan cara beliau menguruskan wasiat terakhir mendiang Encik Lee.

Tribunal Sisiplin mendapati pelanggaran yang dilakukan Cik Lee Suet Fern sebagai cukup serius untuk dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi.

Menurut Akta Profesional Guaman, Mahkamah Tiga Hakim itu akan memutuskan sama ada beliau dilarang menjadi peguam, digantung atau dihukum denda sehingga S$100,000, dikecam atau gabungan kesemuanya sekali.

Sebelum penyelengaraan wasiat diserahkan kepada Cik Lee, enam daripada wasiat Encik Lee sebelumnya diuruskan oleh anak saudara mendiang isteri Encik Lee, iaitu Cik Kwa Kim Li antara 2011 hingga 2012.

Wasiat terakhir ditandatangani hampir setahun selepas itu.

Pada Disember 2013, Encik Lee berbincang dengan Cik Kwa yang beliau ingin mengubah wasiat keenamnya untuk memberikan jumlah yang sama rata kepada anak-anaknya.

Ini termasuk meninggalkan dua permaidani kepada Encik Lee Hsien Yang.

Namun, wasiat itu dibatalkan semasa Cik Kwa di luar negeri.

Cik Lee Suet Fern dan suaminya, Encik Lee Hsien Yang menguruskan sebuah wasiat yang baru, ditandatangani dengan tergesa-gesa hanya dalam masa 16 jam setelah Encik Lee Kuan Yew membacanya.

Encik Lee Hsien Yang memberitahu bapanya supaya tidak menunggu Cik Kwa dan mengeluarkannya daripada urutan emel-emel sebelum persetujuan Encik Lee.

Encik Lee Hsien Yang dan isterinya kemudian membawa peguam-peguam dari firma isterinya untuk melaksanakan wasiat itu.

Ketika itu, Encik Lee Kuan Yew berusia 90 tahun, dalam keadaan sakit-sakit setelah dimasukkan ke hospital.

Tribunal mendapati beliau telah mempersetujui wasiat terakhirnya berdasarkan kepercayaannya terhadap Cik Lee Suet Fern.

Beliau telah mengelirukan Encik Lee dalam kandungan wasiat terakhirnya itu dengan mengatakan ia adalah wasiat pertamanya.

Ini adalah tidak benar.

Cik Lee juga tidak menjelaskan syarat-syarat dan hanya menumpukan kepada pelaksanaan wasiat itu dengan 'terburu-buru'.

Beliau juga tidak memberitahu bahawa beliau telah memasukkan semula klaus pemecahan dalam wasiat terakhir itu dan membuat penukaran yang lainnya.

Cik Lee juga dituduh gagal memberitahu Encik Lee untuk mendapatkan nasihat bebas.

Ini adalah perlu memandangkan suaminya bakal mendapatkan ganjaran di bawah wasiat itu.

Sebaliknya, beliau menguruskan setiap langkah dalam proses itu dengan penglibatan aktif suaminya.

Tribunal berkata beberapa soalan serius ditimbulkan mengenai motif-motif pasangan itu.

Selain keterangan dari pasangan itu yang telah berbohong mengenai bukti lain, tiada bukti tentang mengapa Encik Lee tidak mengendahkan perbincangan dengan Cik Kwa, membatalkan wasiat keenamnya dan memilih wasiat pertama yang telah diubah dari lima yang lainnya.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan