Trend pemberian kotak hadiah Deepavali semakin popular
Sambutan Deepavali tidak lengkap tanpa manisan tradisional India yang sinonim dengan perayaan pesta cahaya itu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sambutan Deepavali tidak lengkap tanpa manisan tradisional India yang sinonim dengan perayaan pesta cahaya itu.
Lazimnya, manisan diberikan kepada keluarga, teman-teman, dan jiran sebagai tanda muhibah, mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semangat perayaan.
Didorong permintaan tinggi, peniaga dari rumah (HBB), hotel, dan restoran kini menawarkan kotak hadiah Deepavali yang dihias indah dan diisi pelbagai manisan khas.
Tinjauan BERITA Mediacorp mendapati pelbagai pilihan kotak hadiah tersedia di pasaran dengan harga yang berbeza-beza.
Misalnya, kedai kek 'All Things Delicious' menawarkan set kotak hadiah pada harga S$48, manakala Hotel Shangri-La menjualnya kotak-kotak lebih premium pada harga S$268.

KOTAK HADIAH DIPERBUAT DARIPADA BAHAN MAMPAN
Setiap set kotak hadiah dari restoran Ammakase di One Raffles Place pula dijual pada harga S$90.
Selain menggunakan bahan bermutu tinggi untuk manisannya, kotak hadiah yang disediakan dihasilkan daripada bahan mampan.
Walaupun harganya premium, lebih 350 set telahpun terjual.
"Bahan yang digunakan untuk kotak-kotak ini sebenarnya adalah kertas dan kayu kitar semula. Ia diimport dari India. Jadi, ianya dibuat khas untuk restoran kami. Kami juga memastikan bahawa kotak ini mempunyai ciri-ciri kelestarian dan boleh digunakan semula," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Encik JK Saravana kepada wartawan Syawal Yusoff.

Encik Saravana juga berharap kotak bermotifkan lukisan tradisional India yang menarik dan berwarna warni itu dapat disimpan dan dijadikan koleksi.
"Tiada ucapan Selamat Deepavali atau seumpamanya. Kami ingin kotak ini dapat digunakan semula, tidak hanya digunakan sekali dan dibuang. Oleh itu, kami memastikan reka bentuk, jenis sistem kuncinya, dan segala-galanya dapat bertahan lama," tambah Encik Saravana.
MANISAN; KUDAPAN LEBIH SIHAT
Setiap kotak mengandungi 16 manisan dan kudapan daripada empat pilihan.
Antaranya termasuk 'Ladoo' buah-buahan, baklava, coklat 'bon-bon' berperisa 'paan' yang sinonim dengan masakan India, serta dua jenis muruku berperisa limau manis dan keju.
Keunikan setiap sajian mencerminkan tema restoran yang menyajikan hidangan India 'fusion' tradisional dan moden.
"Kami ingin memastikan bahawa kotak hadiah yang dibeli daripada kami tidak boleh didapatkan di tempat lain. Oleh itu, rasa manisan, coklat, dan kudapan semuanya mesti unik dan hanya terdapat di Ammakase." ujarnya.

Restoran itu turut menekankan pemakanan sihat.
Semua manisan dan kudapan dihasilkan di dapur mereka sendiri, menggunakan resepi yang diolah oleh cef-chef berpengalaman.
"Apabila mereka menghasilkan resipi untuk semua manisan, mereka memastikan bahawa kandungan gula tidak terlalu tinggi. Mereka juga mengambil kira jenis gula yang digunakan, seperti gula semula jadi dan sebagainya.
Bahkan kudapan kami tidak digoreng. Sebaliknya, ia dibakar," jelas Encik Saravana.
Didorong oleh permintaan yang memberangsangkan untuk kotak-kotak hadiah tersebut, Encik Saravana berharap dapat menawarkan pilihan serupa bagi perayaan-perayaan lain, termasuk Krismas dan Hari Raya.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.