Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trend kahwin warga asing naik hampir 30% sejak 20 tahun lalu

Lebih ramai rakyat Singapura mencari jodoh dengan pasangan warga asing. 

Anggaran Waktu Membaca:
Trend kahwin warga asing naik hampir 30% sejak 20 tahun lalu

Gambar fail. (Gambar: AFP/Jay DIRECTO)

Diterbitkan : 22 Apr 2021 06:02PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 06:05PM

SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura mencari jodoh dengan pasangan warga asing.

Perkahwinan di Singapura yang melibatkan pasangan rakyat tempatan dengan warga asing meningkat hampir 30 peratus sejak dua dekad yang lalu dari 2000 hingga 2019, menurut satu kajian statiskan dikeluarkan KementerianPembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Semestinya, sementara ia membawakan cabaran sosialnya yang tersendiri, lebih banyak sokongan juga perlu dihulurkan bagi warga asing yang ingin tinggal di sini.

Perkahwinan antara pasangan rakyat tempatan dengan warga asing merangkumi sekitar 25 peratus daripada keseluruhan perkahwinan di Singapura.

Jumlah pasangan lelaki warga asing juga meningkat sejak lebih dua dekad lalu.

Lebih 1,700 daripada mereka berkahwin pada 2019, naik hampir 75 peratus berbanding tahun 2000.

Meskipun sebilangan warga asing melalui peralihan mudah untuk tinggal di Singapura, ada juga yang mendapatinya susah untuk menyesuaikan diri di sini.

Misalnya, warga Vietnam Cik Jill Ton berkahwin dengan suaminya, seorang rakyat Singapura dua tahun lalu, namun masih merasakan dirinya dihakimi para penduduk di sini.

Namun, Cik Jill akur bahawa penyesuaian dirinya di sini lebih lancar dengan bantuan program-program sokongan.

Salah satu daripadanya adalah Care Corner.

Program sebegitu membantu menguruskan isu-isu silang budaya dan menyediakan sistem rakan untuk pasangan asing.

Di samping itu, Pemerintah akan mendampingi keluarga-keluarga tersebut melalui satu siri perbincangan mengenai perkahwinan dan keibubapaan.

Maklum balas daripada para peserta juga akan diambil kira apabila pemerintah menyemak semula dasar-dasar negara pada masa akan datang. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan