Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trend belia menjadi radikal semakin meningkat mesti dipandang serius; campur tangan awal perlu

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Trend belia menjadi radikal yang semakin meningkat mesti dipandang serius.

Maka itu para ibu bapa dan orang dewasa digesa untuk terus berwaspada dan aktif dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka serta golongan belia, khususnya dalam penggunaan internet dan media sosial.

Demikian menurut Taman Bacaan melalui kenyataannya hari ini (22 Feb) menyusuli penangkapan dua remaja yang menjadi radikal sendiri dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.
"Taman Bacaan amat prihatin dengan kes remaja yang menjadi radikal sendiri baru-baru ini. Kami menyokong usaha pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan semua orang di Singapura, selain memastikan golongan belia boleh berintegrasi semula dalam masyarakat."

"Radikalisasi diri adalah satu proses dan sukar untuk dikesan, tetapi kita boleh perhatikan perubahan-perubahan kecil dengan mendampingi mereka. Kita semua mempunyai peranan dalam
memastikan masyarakat kita kekal selamat," menurut kenyataan itu.

Taman Bacaan menyatakan ia komited untuk bekerjasama dengan pemerintah dan rakan-rakan masyarakat untuk menggariskan pentingnya kewaspadaan masyarakat dan keluarga terhadap sebarang ancaman radikalisasi dalam talian.

Ia turut menekankan pentingnya untuk segera melaporkan kepada guru, ibu bapa, dan polis jika terdapat anda-tanda anak-anak dan belia menjadi radikal.
Campur tangan awal akan memastikan bantuan yang diperlukan dapat disediakan untuk individu yang menjadi radikal sendiri dan menghalang mereka daripada terus tersesat.

Semua itu penting untuk mencegah tindakan ekstremisme ganas dan memastikan keselamatan awam.
Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan