Skip to main content

Singapura

Tren pertama RTS Johor-SG tiba di Woodlands untuk demonstrasi berjadual

Anggaran Waktu Membaca:
Tren pertama RTS Johor-SG tiba di Woodlands untuk demonstrasi berjadual
Tren pertama Laluan RTS Johor Bahru-Singapura tiba di Stesen Woodlands North pada 4 Februari 2026.(Gambar: LTA)
Diterbitkan : 05 Feb 2026 10:10PM Dikemas Kini : 05 Feb 2026 10:18PM
SINGAPURA: Tren pertama Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura tiba di Stesen Woodlands North pada petang Rabu (4 Feb) bagi demonstrasi tren yang dijadualkan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Agensi itu mengulangi bahawa Laluan RTS berada di landasan yang betul bagi memulakan operasi menjelang akhir 2026, sedang persiapan akhir diteruskan.

“Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kami ke arah perjalanan rentas sempadan yang lancar!

"Pengguna boleh menantikan perjalanan pantas selama lima minit antara Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura,” menurut LTA dalam catatannya di Facebook pada Rabu.

Pada 15 Januari lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menegaskan bahawa pembinaan projek RTS Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura berjalan lancar dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual hujung tahun ini.

Beliau berkata kebanyakan pembinaan infrastruktur fizikal dilaporkan selesai dan kini memasuki fasa pemasangan sistem RTS.

 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita