Skip to main content

Singapura

Treler terbabas cetus kesesakan di Balestier Road

Pemandu treler berusia 31 tahun sedang membantu siasatan polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Treler terbabas cetus kesesakan di Balestier Road

Sebatang paip besar terjatuh dari sebuah lori treler dalam kemalangan di Balestier Road, dekat Pegu Road pada 21 Mac, 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Mar 2025 01:06PM Dikemas Kini : 21 Mar 2025 01:40PM
SINGAPURA: Sebatang paip besar terjatuh dari sebuah lori treler pada pagi Jumaat (21 Mac), menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Balestier Road.

Polis mengatakan pihaknya dihubungi tentang kejadian itu sekitar pukul 9,00 pagi.

Treler itu dipercayai terbabas, menyebabkan paip yang dibawanya jatuh merentangi dua daripada tiga lorong jalan raya menghala ke Thomson Road.

Mujur tiada orang cedera dan pemandu treler itu, yang berusia 31 tahun sedang membantu siasatan.

 
Related article image
Sebatang paip besar terjatuh di Balestier Road dekat Pegu Road pada 21 Mac, 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
"Saya tidak nampak ambulans di sini, jadi saya rasa tidak ada orang yang cedera," kongsi seorang saksi, Michelle Lee dengan Mediacorp.

"Trafik tidak terlalu sesak walaupun selepas polis trafik tiba," tambahnya.
 
Related article image
Polis mengawal lalu lintas di Balestier Road selepas paip besar terjatuh dekat Pegu Road pada 21 Mac, 2025. (Gambar: Sumbangan pembaca, Muhd Ilyasa)
Setakat 9.30 pagi, satu daripada tiga lorong menuju ke Pegu Road sudah dibuka kepada lalu lintas manakala dua lagi masih terhalang.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 9.05 pagi, tetapi bantuannya tidak diperlukan.
Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita