Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TransitLink, EZ-Link digabung untuk mudahkan khidmat tiket bagi bas, kereta api

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menyatukan dua aplikasi tiket sedia ada iaitu Transit Link dan EZ-Link.

Rancangan itu dijangka dilaksanakan pada lewat tahun ini dan  bertujuan untuk memudahkan dan memperkemas khidmat kepada penumpang. 

Dengan ini, mereka tidak perlu lagi menggunakan dua aplikasi berbeza, EZ-Link dan Transit Link SimplyGo untuk menambah nilai kad atau menyemak tambang. 

Sebaliknya, mereka dapat mengakses semua khidmat tiket melalui satu wadah.

"Menyatukan semua khidmat berkaitan kad perjalanan dan tiket pengangkutan awam akan menyediakan satu wadah khidmat pelanggan sehenti bagi  penumpang," umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (28 Mac). 

"Para penumpang juga boleh mendapatkan bantuan mengenai semua isu berkaitan kad dan tiket mereka menerusi khidmat pelanggan bersepadu." 

LTA menyatakan gabungan khidmat-khidmat itu dilakukan kerana semakin ramai penumpang menggunakan aplikasi TansitLink SimplyGo. 

Pada masa ini separuh daripada semua perjalanan penumpang dewasa menggunakan aplikasi itu dan ia dijangka terus meningkat.

Sejajar dengan perubahan tersebut, dua anak syarikat LTA itu juga akan digabungkan menjadi satu entiti pada separuh kedua 2024, jika mendapat kelulusan pihak kawal selia.

Menurut LTA, tiada pemberhentian pekerja akan berlaku disebabkan gabungan itu. Kakitangan mungkin dikerahkan ke tugas-tugas baru yang diwujudkan. 

Perincian mengenai gabungan khidmat dan entiti itu akan diumumkan apabila rancangan sudah dimuktamadkan, tambah LTA.

Sumber : Today/IA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan