Transformative Justice Collective sekali lagi dikenakan arahan POFMA
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Raydza Rahman/CNA
SINGAPURA: The Transformative Justice Collective (TJC) - kumpulan aktivis yang menuntut supaya hukuman mati dimansuhkan di sini - sekali lagi dikenakan arahan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).
Arahan pada Sabtu (14 Dis) merupakan yang kelima dikeluarkan terhadap TJC dalam tempoh lima bulan. Arahan sebelumnya masing-masing dikeluarkan pada 8 Ogos, 11 Ogos, 5 Oktober dan 26 November.
Arahan terbaharu ada kaitan dengan kenyataan palsu TJC dalam catatan di Facebook, Instagram, X dan Tiktok milik mereka pada 3 Dis.
Kenyataan tersebut adalah mengenai jadual hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang banduan.
"Penerbitan itu mengandungi kenyataan yang mendakwa jadual hukuman mati seorang banduan telah ditetapkan sebelum dia diberi peluang untuk mengemukakan petisyen pengampunan kepada presiden. Ini tidak benar," tegas Kementerian Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan medianya.
"(Tarikh) hukuman mati akan hanya ditetapkan apabila banduan sudah melakukan segalanya dan mengemukakan rayuan berhubung sabitan dan hukumannya."
TJC dikehendaki melampirkan notis pembetulan mahupun pautan kepada penjelasan pemerintah pada catatan-catatannya.
Satu arahan pembetulan khusus juga dikeluarkan kepada TikTok berhubung catatan TJC di platform tersebut.
Ini akan memerlukan TikTok menyampaikan notis pembetulan kepada semua pengguna di Singapura yang telah atau akan mengakses catatan berkenaan.
Satu rencana di laman semakan fakta pemerintah, Factually, menerangkan dengan lebih lanjut mengapa dakwaan yang dibuat oleh TJC adalah palsu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.