Transformasi industri khidmat sekitaran; nilai tambah menerusi penggunaan teknologi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menaik taraf industri pembersihan dan mengiktiraf perubahan tugas pekerja pembersihan adalah antara yang diusahakan Peta Transformasi Industri Khidmat Sekitaran 2025.
Lantaran itu, teknologi dan rekaan semula pekerjaan dimanfaatkan supaya pekerja dapat memberi lebih nilai tambah.
Syarikat ISS Facility Services adalah salah satu syarikat memanfaatkan penggunaan teknologi.
Misalnya, ia menggunakan robot pembersihan dengan pelbagai fungsi seperti menyapu dan mencuci lantai.
Ia berupaya membersihkan seluruh lantai sesebuah pejabat dalam masa sejam.
Ia juga boleh diprogramkan untuk melakukan pembersihan secara berulang.
Kaedah yang dilaksanakan syarikat ISS Facility Services itu juga lebih cekap kerana hanya seorang pekerja pembersihan boleh dikerahkan dan beliau boleh ditugaskan untuk membersih ruang-ruang lain.
“Kami mengutamakan mengguna teknologi, automasi dan pendigitalan kerana beberapa sebab yang tertentu. Kami dapat meningkatkan produktiviti para pekerja kita. Kami juga ada menggunakan tablet dalam tandas di mana kami ada letakkan sensor di sinki, pintu masuk di kotak tisu. Jadi, bila katakan tisu sudah habis, sensor ini akan menghantarkan data,” kata Pembantu Pengarah syarikat ISS Facility Services, Cik Rozita.
Semua itu bukan setakat usaha untuk mendakap teknologi.
ISS Facility Services secara proaktif mahu membangunkan tenaga kerja pembersihan yang berkemahiran dan profesional.
Ini selain menggalak penyertaan demografi tenaga kerja lebih luas, termasuk golongan muda, ke dalam industri itu.
Tambah Cik Rozita: “Cabaran kami ialah mendapatkan pekerja tempatan sebab mereka selalu fikir kerja pembersihan ini kerja yang manual, kotor. Kami ada peta latihan di mana mereka akan dilatih untuk aplikasi seperti teknologi maklumat, analitik data, robotik. Dengan pembangunan kerjaya, pekerja ada motivasi untuk meningkatkan kemahiran dan juga motivasi untuk maju daripada seorang pekerja barisan hadapan hingga ke pangkat pengurus.”
Syarikat yang Syarikat UEMS Solutions Pte Ltd juga memanfaatkan penggunaan teknologi untuk mereka semula pekerjaan.
“Kadang-kadang klien lebih suka sesuatu pembaharuan. Contohnya, apabila saya pertama kali menyertai industri ini, bila penyelia membuat 'joint inspection', mereka akan buat secara manual, menggunakan kertas A3. Penyelia perlu periksa tarikh dan sebagainya. Tapi dengan adanya teknologi, benda yang sama kita boleh sesuaikan, dan ia boleh dilakukan dalam beberapa jam sahaja. Data, semuanya sama,” kongsi Eksekutif Pentadbiran, Syarikat UEMS Solutions Pte Ltd ,Cik Noor Hidayah Abdul kepada Berita mediacorp.
Cik Noor Hidayah berkata salah satu cara untuk mengekalkan tenaga kerja adalah menerusi latihan dan latihan semula.
Ini terutama dalam kalangan pekerja lebih tua.
“Sebenarnya ada warga emas yang mahukan pembaharuan tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Dengan adanya kami sebagai pelatih ataupun syarikat buat penyesuaian, mereka dapat belajar. Kami harus bersabar,” ujar Cik Noor lagi.
Selain latihan praktikal, syarikat itu turut menjalankan kursus-kursus secara online.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.