Trak terbalik di PIE; pemandu dikejarkan ke CGH
Sebuah pemandu trak cedera selepas kenderaanya tergelincir dan terbalik di Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) pagi tadi (13 Feb).

Gambar: Gary Wu/Facebook
SINGAPURA: Sebuah pemandu trak cedera selepas kenderaanya tergelincir dan terbalik di Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) pagi tadi (13 Feb).
Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 10.40 pagi. Pemandu tersebut, seorang lelaki 37 tahun, dibawa ke Hospital Besar Changi dalam keadaan sedar, menurut polis.
Kemalangan itu berkalu di PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi berdekatan susur keluar ECP (Bandar).
Mediacorp difahamkan bahawa nahas itu menyebabkan bahan binaan yang diangkut trak terbabit tumpah ke lebuh raya.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.