Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tragedi tembakan di pusat jagaan kanak-kanak Thailand 'tindakan keji', tegas PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi tembakan di pusat jagaan kanak-kanak Thailand 'tindakan keji', tegas PM Lee

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (7 Okt) mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa serangan tembakan besar-besaran di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand, sekali gus menyifatkan insiden itu sebagai satu "tindakan keji" yang "wajar dikecam".

PM Lee berkata demikian dalam kawat takziah yang dikirimkan kepada Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha.

"Saya terkejut dan berdukacita atas kejadian tembakan besar-besaran yang terjadi di Nong Bua Lam Phu pada 6 Oktober 2022," kata PM Lee.

"Aksi keganasan yang tidak masuk akal ini meragut banyak nyawa yang tidak bersalah, sebahagian besarnya kanak-kanak.

"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah amat mendalam kepada keluarga mangsa tragedi yang menyayat hati ini. Saya juga berharap semua mangsa yang cedera beransur pulih dengan cepat."

PM Lee juga memberitahu Encik Prayut: "Perbuatan keji ini wajar dikecam sekeras-kerasnya. Singapura bersatu dengan Thailand pada masa-masa sukar ini."

Serangan yang berlaku pada Khamis (6 Okt) menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terkorban, termasuk isteri dan anak pelaku tersebut.

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dan Encik Prayut melawat mangsa pada Jumaat (7 Okt).
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan