Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trafik penumpang udara S'pura cecah 50.3% paras sebelum pandemik

Lapangan Terbang Changi mengendalikan 2.93 juta pergerakan penumpang pada Jun ini, berbanding 5.8 juta pada Jun 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Trafik penumpang udara S'pura cecah 50.3% paras sebelum pandemik

(Gambar: AFP/Roslan RAHMAN)

Diterbitkan : 31 Jul 2022 07:32PM Dikemas Kini : 31 Jul 2022 07:32PM
SINGAPURA: Trafik penumpang udara di Singapura mencecah 50.3 peratus daripada paras sebelum pandemik pada bulan Jun, menurut Changi Airport Group (CAG), di tengah-tengah permintaan yang kian meningkat bagi perjalanan luar negara.

Lapangan Terbang Changi mengendalikan 2.93 juta pergerakan penumpang pada Jun ini, berbanding 5.8 juta pada Jun 2019, menurut penanda terkini operasi Lapangan Terbang Changi pada Ahad (31 Jul).

Pergerakan kapal terbang - termasuk ketibaan dan keberangkatan - membawa kepada jumlah 18,400, atau sekitar 58.6 peratus daripada paras sebelum pandemik pada bulan yang sama pada 2019, menurut CAG.

Jumlah berat bagi pengangkutan udara mencatat 163,000 tan bulan ini, naik 1.4 peratus pada tempoh sama tahun ini berbanding tahun lalu.

"Kami terdorong oleh kenaikan stabil dalam trafik penumpang kerana ia satu petanda bahawa kami kembali kepada pertumbuhan ke arah paras-paras sebelum pandemik," jelas Lim Ching Kiat, pengarah urusan bagi Pembangunan Hab Udara di CAG.

"Pembukaan semula Terminal 4 dan pembukaan separa Terminal 2 akan memberi kami ruang untuk menyokong usaha rakan-rakan syarikat penerbangan kami dalam menyambung semula khidmat dan melancarkan haluan baru, yang penting bagi kami untuk memenuhi permintaan selepas pandemik bagi perjalanan udara."

PEMULIHAN KUKUH BAGI TRAFIK PENUMPANG

Jumlah trafik penumpang dari April hingga Jun tahun ini adalah 7.33 juta - 43.6 peratus daripada paras sebelum COVID-19, dan 14 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebanyak 50,500 pergerakan kapal terbang dicatat bagi tempoh yang sama, mencecah 53.5 peratus daripada paras sebelum pandemik, dan peningkatan sebanyak 96.8 peratus bagi tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi suku kedua tahun ini, pergerakan pengangkutan udara merosot sedikit tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 1.4 peratus kepada 469,000 tan.

Menurut CAG, ini disebabkan gangguan rantaian bekalan yang timbul akibat perintah berkurung COVID-19 serta ketegangan geopolitik, sekali gus menjejas trafik kargo udara, terutama sekali semasa April dan Mei.

Lima pasaran teratas kargo udara bagi suku ini adalah China, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun.
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa