Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trafik penumpang Changi cecah 90% paras sebelum pandemik

Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi semakin pulih ke tahap sebelum pandemik, menurut perangkaan terkini oleh Changi Airport Group.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi semakin pulih ke tahap sebelum pandemik, menurut perangkaan terkini oleh Changi Airport Group.

Pada suku terakhir 2023, lebih daripada 16 juta penumpang melalui Changi.

Jumlah tersebut 90 peratus daripada trafik penumpang yang dicatatkan pada Disember 2019, iaitu sebelum pandemik melanda.

Changi kini adalah lapangan terbang yang kelima tersibuk di dunia.

Disember tahun lalu merupakan bulan paling penting bagi Lapangan Terbang Changi.

Ia merupakan bulan paling sibuk untuk tahun 2023, dengan 5.8 juta penumpang melalui Changi.

22 Disember juga merupakan hari paling sibuk, di mana lebih daripada 200,000 penumpang berlepas atau mendarat di Changi.

Secara keseluruhan untuk tahun lalu, Changi telah mengendalikan sekitar 59 juta penumpang.

Ini berbanding 68 juta penumpang pada 2019.

Memandang ke hadapan, dengan lebih banyak keterhubungan ia akan bermakna lebih ramai penumpang akan membuat persinggahan.

Misalnya, Air Canada akan memulakan khidmat penerbangan Singapura-Vancouver pada April tahun ini.

Para penganalisis berkata penerbangan jarak jauh sedemikian dapat membantu dalam perkembangan lapangan terbang itu.

Lapangan Terbang Changi menyaksikan 328,000 penerbangan mendarat dan berlepas.

Ia merupakan kenaikan 50 peratus berbanding setahun sebelumnya, namun jumlah masih kurang berbanding sebelum pandemik.

Dalam kalangan pelawat yang tiba di Singapura, pelawat dari Indonesia membentuk kumpulan terbesar.

Ini menyusuli pelawat dari Malaysia, Australia, Thailand dan India.

Khususnya, dengan penarikan balik perintah sekatan perjalanan, para pelancong dari China juga telah kembali.

China kini merupakan pasaran keenam tertinggi bagi Changi.

Sementara itu, isipadu kargo udara mencatatkan kemerosotan sekitar 6 peratus berbanding 2022.

Aliran kargo melalui Changi merosot di tengah-tengah keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan tekanan inflasi.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan