Trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas semasa cuti sekolah Jun, Aidiladha
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Grace Yeoh)
SINGAPURA: Para pelawat boleh menjangkakan trafik yang "amat sesak" di pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia semasa cuti sekolah bulan Jun dan hujung minggu Hari Raya Haji, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (23 Mei).
Cuti sekolah pertengahan tahun akan bermula dari 31 Mei hingga 29 Jun, manakala hujung minggu Hari Raya Haji adalah dari 6 Jun hingga 9 Jun.
Para pelawat harus menjangkakan masa menunggu yang lebih lama untuk menjalani pelepasan imigresen.
"ICA menasihatkan pelawat supaya memeriksa dan memantau keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat sebelum memulakan perjalanan mereka," menurut penguasa itu.
Mereka yang perlu melakukan perjalanan semasa musim sibuk ini boleh menimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan bagi mengelakkan kesesakan.
"Kami memohon pemahaman pelawat untuk bekerjasama dengan pegawai ICA, mematuhi peraturan lalu lintas dan disiplin lorong," tambah ICA, sambil menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mengabaikan arahan.
Semasa hujung minggu Hari Vesak dari 8 Mei hingga 13 Mei, lebih 3 juta pelawat melintasi kedua-dua pusat pemeriksaan darat.
Pada waktu paling sibuk, lebih 546,000 pelawat melepasi pemeriksaan imigresen pada 9 Mei.
"Pelawat yang menaiki kereta semasa waktu sibuk terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pelepasan imigresen, disebabkan oleh kesesakan trafik dari Malaysia," jelas ICA.
PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Para pelawat harus memastikan pasport mereka mempunyai tempoh sah selama sekurang-kurangnya enam bulan.
Penduduk Tetap (PR) Singapura yang telah memperbaharui pasport mereka perlu memastikan permit kemasukan semula sudah dipindahkan ke pasport baharu.
Pemegang pas jangka panjang juga perlu memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenai sebarang perubahan pada butiran pasport sebelum memasuki semula Singapura.
Mereka yang menaiki kereta atau menunggang motosikal digalakkan menggunakan kod QR dan bukannya pasport untuk pelepasan imigresen yang lebih pantas.
Para penumpang bas boleh menggunakan kod QR yang dijana dari aplikasi MyICA di lorong automatik dan lorong bantuan khas di dewan bas pusat pemeriksaan.
Pemandu kenderaan asing juga perlu memastikan Permit Masuk Kenderaan (VEP) mereka masih sah.
Mereka yang tidak mempunyai kad autopass yang sah, kelulusan VEP dari LTA atau insurans yang sah akan diminta berpatah balik.
"Elakkan memotong barisan kerana ini boleh menyebabkan kesesakan yang teruk dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain," menurut ICA.
"Pemandu yang didapati memotong barisan akan diarahkan berpatah balik dan beratur semula."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.