Skip to main content

Singapura

Trafik dijangka sesak di Pusat pemeriksaan Tuas, Woodlands pada hujung minggu Tahun Baharu Cina

Anggaran Waktu Membaca:
Trafik dijangka sesak di Pusat pemeriksaan Tuas, Woodlands pada hujung minggu Tahun Baharu Cina
Diterbitkan : 02 Feb 2024 12:06PM Dikemas Kini : 02 Feb 2024 12:19PM

SINGAPURA: Kesesakan trafik dijangka berlaku di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Tahun Baharu Cina bermula Khamis (8 Feb) hingga Selasa (13 Feb).

Orang ramai dinasihatkan supaya menambah tempoh masa untuk menunggu dan melalui imigresen, dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)  menyatakan pemandu kereta mungkin perlu menunggu sehingga tiga jam.

Semasa hujung minggu Jumaat hingga Ahad (26 Jan - 28 Jan) terdapat lebih 1.37 juta lintasan melalui dua pusat pemeriksaan itu atau hampir 458,000 setiap hari.

Jumlah itu melebihi pengguna yang melepasi imigresen semasa hujung minggu panjang Tahun Baharu 2024 sebanyak 14 peratus atau purata sekitar  402,000. 

Sebelum memulakan perjalanan, pemandu dinasihatkan supaya memeriksa keadaan trafik menerusi laman web One Motoring oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe yang terletak di BKE dan AYE.
 

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita