Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan darat antara 3 hingga 11 April

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Trafik sesak melalui pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas dijangka minggu depan disebabkan perayaan Qing Ming dan hujung minggu Good Friday.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (30 Mac).

Trafik dijangka sesak antara 3 April dengan 11 April. Para pelawat yang keluar atau masuk pusat pemeriksaan melalui bas atau kereta dinasihatkan agar menambah masa perjalanan untuk melepasi imigresen.

"Para pelawat boleh mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting untuk mengelakkan kesesakan," menurut ICA.

NASIHAT BAGI PERJALANAN YANG LANCAR

Bagi perjalanan yang lancar, pemandu kenderaan dinasihatksan supaya memeriksa keadaan trafik di pusat pemeriksaan melalui laman One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerusi sistem pemantau yang dipasang di BKE dan Ekspreswe Ayer Rajah.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi akaun Facebook dan Twitter ICA, serta siaran radio tempatan di Money 89.3, Kiss92, One 91.3, Hao 96.3, UFM 100.3.

Mereka yang menaiki bas dan layak menggunakan lorong automatik di dewan penumpang digalakkan berbuat demikian.

DOKUMEN PERJALANAN

Para pelawat juga diingatkan supaya memastikan dokumen perjalanan mereka teratur. Mereka harus memastikan pasport mereka mempunyai baki tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan.

Penduduk tetap yang baru sahaja membuat pasport mereka perlu memindahkan permit masuk semula mereka ke pasport baru.

Pemegang pas jangka panjang, yang memegang Pas Pekerjaan, pas S, Permit Kerja, Pas Pelajar, Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Tanggungan, perlu memberitahu ICA atau Kementerian Tenaga Manusia tentang sebarang perubahan dalam butiran pasport mereka.

KEPERLUAN LAIN

Para pelawat juga diingatkan supaya tidak membawa masuk barangan yang dilarang.

"Mereka yang membawa masuk barangan yang boleh dikenakan cukai atau terkawal seperti produk tembakau mesti mengisytiharkannya kepada pegawai kami sebelum diperiksa," menurut ICA.

Pelawat yang memandu kereta berdaftar Singapura diingatkan supaya mematuhi peraturan "sekurang-kurangnya tiga suku tangki minyak". Pesalah boleh dikenakan jumlah komposisi sehingga S$500 atau didakwa di mahkamah.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan