Skip to main content

Singapura

Tradisi kunjungan muhibah sempena Raya eratkan lagi hubungan, dengan lawatan Dr Maliki ke Brunei masuk tahun ke-10

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Apr 2025 10:34AM Dikemas Kini : 02 Apr 2025 10:24PM
SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman kini berada di Brunei bagi acara lawatan tahunan sempena Hari Raya.

Ini merupakan tahun ke-10 beliau mengadakan lawatan sedemikian ke Brunei bagi menyambut Hari Raya.

Demikian dikongsi oleh Dr Maliki menerusi Facebook beliau pada Rabu (2 Apr).

Dr Maliki berada di Brunei dari 1 April hingga Jumaat (4 Apr) dan ditemani isterinya Cik Sadiah Shahal dan diiringi oleh Menteri Negara Pengangkutan merangkap Undang-Undang Murali Pillai dan isteri Dr N Gowri, Datuk Bandar (CDC Tenggara) Fahmi Aliman dan isteri Cik Rohana, serta Anggota Parlimen Rachel Ong, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Dr Maliki ditemani isterinya Cik Sadiah Shahal dan diiringi oleh Menteri Negara Pengangkutan merangkap Undang-Undang Murali Pillai dan isteri Dr N Gowri, Datuk Bandar (CDC Tenggara) Fahmi Aliman dan isteri Cik Rohana, serta Anggota Parlimen Rachel Ong. (Gambar: Dr Maliki/Facebook)
Pada Selasa (1 Apr), Dr Maliki bertemu dengan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, untuk menyampaikan ucapan Hari Raya bagi pihak pemimpin Singapura.

"Kami juga berpeluang berhubungan dengan ramai rakan kami di Brunei. Seperti biasa, kami menghargai layanan muhibah yang diberikan dan hidangan yang disediakan. Saya tidak sabar untuk berjumpa rakan-rakan (lain) dalam dua hari lagi saya di sini," kata Dr Maliki menerusi catatan Facebook beliau.
(Gambar: Dr Maliki/Facebook)
Menurut kenyataan MFA, Dr Maliki dan delegasi Singapura akan menghadiri acara Rumah Terbuka para menteri Brunei, selain para pegawai kanan negara itu.

Dr Maliki juga akan menjadi tetamu kehormat di acara Rumah Terbuka Hari Raya Brunei di Suruhanjaya Tinggi Singapura pada Khamis (3 Apr). Acara itu akan dihadiri oleh pelbagai pemimpin dan pegawai Brunei serta rakyat Singapura yang berpangkalan di sana.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita