Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tonton: Kenyataan menteri PM Lee berhubung siasatan Iswaran, peletakan jawatan AP PAP atas hubungan sulit

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berucap di parlimen pada Rabu (2 Ogos) tentang siasatan rasuah melibatkan Menteri Pengangkutan S Iswaran, serta peletakan jawatan dua Anggota Parlimen (AP), iaitu Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan Cik Cheng Li Hui, atas hubungan sulit mereka.

Lebih 10 AP sudah mengemukakan soalan tentang isu berkaitan siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Sesi parlimen tersebut boleh ditonton di sini:
AP Seah Kian Peng dipilih sebagai Speaker Parlimen selepas Tan Chuan-Jin meletak jawatan dari parlimen bulan lalu selepas menjalin hubungan sulit dengan AP Cheng Li Hui.

Ini antara sebilangan isu yang perlu ditangani Parti Tindakan Rakyat (PAP) melibatkan anggotanya.

Sekitar seminggu sebelum hubungan sulit itu didedahkan, Encik Tan menjadi tumpuan ramai selepas menggunakan bahasa tidak sesuai terhadap AP Parti Pekerja (WP) Jamus Lim di parlimen.

Ia juga diumumkan pada minggu yang sama bahawa Menteri Pengangkutan S Iswaran diarahkan untuk mengambil cuti ketidakhadiran semasa di bawah siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga dijangka menyampaikan kenyataan menteri mengenai isu tersebut pada Rabu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan