Tong tersedia untuk buang vape di 24 lokasi di seluruh SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengguna vape digalakkan untuk membuang vape mereka di tong yang akan disediakan di 24 lokasi di Singapura mulai Jumaat (25 Jul).
Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna vape menghentikan tabiat itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka, menurut Kementerian Kesihatan (MOH), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Persatuan Rakyat (PA) dalam satu kenyataan bersama.
Dipanggil "Bin the Vape", kempen ini melibatkan penyediaan tong pembuangan pengewap elektronik di 23 kelab masyarakat dan satu Pusat Rangkaian Penduduk bagi membolehkan orang ramai membuang peranti mereka secara sukarela dan selamat.
Tong juga akan diletakkan secara berperingkat di lokasi lain, termasuk institut-institut pengajian tinggi.
Mereka yang ingin mendapatkan sokongan untuk berhenti menggunakan vape, terutamanya jika mereka menggunakan vape etomidate, boleh mendekati pusat khidmat masyarakat WE CARE, Persatuan Anti-Narkotik Singapura, Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk mendapatkan bantuan, atau menghubungi kaunselor Quitline di 1800 438 2000.
"Orang yang tampil untuk membuang vape mereka atau secara sukarela mendapatkan sokongan untuk berhenti tidak akan menghadapi sebarang hukuman kerana berbuat demikian," menurut pihak berkuasa.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sebelum ini mengumumkan bahawa dalam beberapa minggu akan datang, etomidate - dadah yang ditemui dalam vape - akan diklasifikasikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Apabila peraturan tersebut berkuat kuasa, mereka yang ditangkap menggunakan vape yang mengandungi etomidate akan dikenakan pengawasan wajib dan perlu menjalani pemulihan.
Pesalah berulang boleh didakwa dan dipenjarakan sekurang-kurangnya setahun.
Mereka yang ditangkap menjual, mengedar atau mengimport vape yang mengandungi etomidate akan dikenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.