Tolak sekeras-kerasnya terbitan yang berbaur hasutan, gugat keharmonian: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah dan pihak berkuasa menolak sekeras-kerasnya terbitan yang berbaur hasutan dan boleh menggugat serta merosakkan keharmonian sosial negara majmuk Singapura.
Dalam satu catatan di Facebook pada Rabu (26 Nov), Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, menegaskan bahawa beliau menyokong sepenuhnya tindakan tegas yang diambil Pasukan Polis Singapura (SPF) berhubung catatan berunsur hasutan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum oleh Zulfikar Mohamad Shariff.

"Generasi demi generasi rakyat Singapura telah berusaha dengan gigih untuk membina sebuah rakyat yang bersatu padu. Kita menolak sekeras-kerasnya terbitan yang berbaur hasutan yang cuba menggugat dan merosakkan keharmonian sosial negara majmuk kita," kata Dr Faishal yang juga merupakan Menteri Negara Kanan bagi Ehwal dalam Negeri.
Beliau turut menyeru agar rakyat Singapura terus bersatu padu dan tidak mudah terpengaruh dengan tindakan itu.
"Saya menggalakkan rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan tidak membiarkan tindakan menghasut atau provokasi seperti ini memecahbelahkan kita," kata Dr Faishal.
Di samping itu, beliau menekankan bahawa pemerintah berusaha dalam pelbagai bidang untuk memastikan negara kekal makmur.
"Marilah kita terus bekerjasama untuk mempertahankan kemajuan, keamanan, kepercayaan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura serta melakar masa depan yang lebih cerah untuk semua sebagai satu rakyat yang bersatu padu, demi generasi-generasi mendatang," tambahnya.
Menurut MHA, ini bukan pertama arahan sedemikian dikeluarkan di bawah Akta Bahaya Jenayah Online.
Sejak penguatkuasaan akta tersebut pada Februari 2024, polis telah mengeluarkan arahan sekatan akaun dan arahan melumpuhkan akaun untuk menyekat pendedahan pengguna Singapura kepada aktiviti jenayah online seperti penipuan dan aktiviti siber yang berniat jahat.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.