Tokokan S$10,000 CPF dilanjut kepada lebih ramai lulusan ITE yang raih diploma
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Lebih ramai penuntut akan meraih manfaat daripada dua insentif kewangan bertujuan untuk menggalakkan graduan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Tokokan S$10,000 kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang sebelum ini untuk graduan ITE berusia 30 tahun dan ke bawah, kini dilanjutkan kepada mereka berusia lebih 30 tahun, jika mereka mendaftar dalam kursus diploma setakat Jumaat (1 Mac). Penuntut tersebut akan menerima tokokan dalam Akaun Biasa (OA) CPF apabila mereka meraih diploma.
Tokokan S$5,000 ke dalam akaun posmenengah bagi mereka yang mendaftar dalam program diploma, yang sebelum ini juga ditujukan bagi graduan berusia 30 tahun dan ke bawah, akan dilanjutkan kepada mereka berusia 31 tahun jika mereka mendaftar tahun ini.

Lanjutan insentif baharu itu, yang akan memanfaatkan lagi kira-kira 1,500 graduan ITE, hanya untuk tahun ini sahaja.
"Diploma dapat membantu graduan ITE mendapatkan gaji permulaan yang lebih baik, dan trajektori pendapatan lebih tinggi melalui kemahiran dan kecekapan mereka yang dipertingkatkan," kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing di parlimen pada Jumaat (1 Mac).
Untuk layak menerima tokokan tersebut, graduan ITE haruslah rakyat Singapura dan mendaftar dalam program diploma dengan institut pengajian tinggi dibiayai Kementerian Pendidikan (MOE).
Yuran kursus bagi graduan yang mendaftar program diploma bekerja sambil belajar akan dibiayai oleh majikan mereka, dan tidak layak bagi tokokan S$5,000. Walau bagaimanapun, mereka layak menerima tokokan S$10,000 apabila mereka selesai program diploma.
Graduan ITE yang melanjutkan pengajian diploma politeknik separuh masa tidak perlu membayar sebarang yuran selepas menggunakan tokokan S$5,000 itu, kata Encik Chan.
Tokokan S$10,000 ke dalam Akaun Biasa CPF mereka boleh memberi kelebihan untuk membeli rumah pertama atau menyimpannya untuk persaraan, tambahnya.
Lebih 7,000 graduan ITE yang layak dijangka mendaftar dalam program diploma tahun ini, dedah MOE. Insentif tersebut dijangka memperuntukkan belanja S$105 juta setahun oleh pemerintah, yang mungkin bertambah berdasarkan kadar pendaftaran.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.