Tokokan CPF capai paras tertinggi S$4 bilion pada 2021
Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menerima tokokan sekitar S$4 bilion pada tahun ini, melepasi jumlah tertinggi yang dicatatkan tahun lalu sebanyak S$3 bilion.
SINGAPURA: Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menerima tokokan sekitar S$4 bilion pada tahun ini, melepasi jumlah tertinggi yang dicatatkan tahun lalu sebanyak S$3 bilion.
Tokokan itu dibuat oleh lebih 220,000 pencarum.
50 peratus daripada mereka membuat tokokan kali pertama.
Menurut CPF, jumlah pencarum itu adalah seganda lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Para penganalisis berkata kenaikan itu disebabkan oleh ramai orang kini menjimatkan wang di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Satu daripada setiap dua pencarum yang membuat tokokan, berusia lebih 50 tahun.
Ia memberi petanda bahawa pandemik ini mungkin mendorong penduduk lebih dewasa supaya mempersiapkan diri bagi menghadapi masa-masa mencabar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.