Tokokan CPF capai paras rekod dengan lebih S$3.5 bilion dibuat dari Jan-Sep 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tokokan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bernilai lebih S$3.5 bilion dibuat secara sukarela oleh sekitar 200,000 pencarum kepada simpanan persaraan mereka sendiri atau ahli keluarga mereka pada tiga suku pertama 2022.
Ini merupakan paras rekod, menurut Lembaga CPF dalam kenyataan medianya pada Rabu (5 Okt), sambil menarik perhatian bahawa jumlah itu adalah lebih S$84 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Ia juga melebihi tokokan CPF sebanyak S$3 bilion ke dalam simpanan persaraan, yang dibuat 140,000 orang, pada keseluruhan tahun 2020.
Satu daripada empat orang yang membuat tokokan untuk diri sendiri atau ahli keluarga pada 2022 berbuat demikian bagi sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut, menurut Lembaga CPF.
"Tokokan secara tunai dan pemindahan kepada Akaun Khas atau Akaun Persaraan paling banyak dilakukan dalam kalangan rakyat Singapura yang mahu menikmati kadar pulangan lebih tinggi sehingga enam peratus setiap tahun tanpa sebarang risiko," jelas agensi tersebut.
"Dengan baki lebih tinggi dalam CPF mereka, para pencarum dapat menikmati bayaran bulanan persaraan lebih tinggi daripada skim CPF Hayat, tanpa mengira jangka hayat mereka," tambah Lembaga CPF.
Para pencarum yang membuat tokokan secara tunai bagi diri mereka sendiri sehingga jumlah persaraan yang penuh sekarang ini, boleh meraih manfaat bagi pelepasan cukai hingga S$8,000.
Mereka juga layak menerima pelepasan cukai tambahan bernilai S$8,000 jika mereka menokok akaun ahli keluarga mereka, yang merujuk kepada ibu bapa, ibu bapa mertua, datuk nenek, datuk nenek mertua, pasangan dan adik-beradik.
Untuk memanfaatkan pelepasan cukai tersebut, CPF menyatakan tokokan mesti dibuat sebelum 31 Disember 2022.
Para pencarum dapat membuat tokokan melalui GIRO atau secara elektronik dengan menggunakan QR PayNow. Tokokan secara tunai dan pemindahan CPF boleh dilakukan melalui laman CPF atau aplikasi mudah alihnya.
"Tokokan CPF tidak perlu dibuat dalam jumlah yang besar," kata pengarah jabatan simpanan persaraannya, Ong Woei Jiin.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.