Tokoh seni tari Melayu Som Said, Mudir Herman Cher Ma'in terima Anugerah Hari Kebangsaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 6,598 orang menerima Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini yang mengiktiraf pelbagai bentuk kecemerlangan dan khidmat mereka kepada negara.
Sejumlah individu Melayu/Islam yang menerima anugerah tahun ini termasuk pejuang seni tari Melayu, Cik Som Mohamed Said dan mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Herman Cher Ma'in.
Meskipun kerjaya seninya sudah menjangkau lima dekad, pengasas Sri Warisan Som Said Performing Arts itu bertekad untuk terus memperjuangkan seni tarian Melayu di Singapura dan luar negara.
Untuk sumbangan besarnya itu, Cik Som dianugerahkan Bintang Bakti Masyarakat.
"Saya mengucapkan syukur kerana kejutan ini. Kenapa kejutan? Saya tidak sangka yang ada lagi ke anugerah untuk saya. Dan ini pula anugerah yang tertinggi. Jadi itulah perasaan saya. Syukur sangat-sangat. Saya amat berbesar hati. Ini adalah tanggungjawab yang menjadi amanah," kata Cik Som.
Menurut beliau, anaknya, Encik Adel Dzukarnaen Ahmad akan terus berusaha memupuk minat generasi muda dalam kesenian tari Melayu.
Matlamat utamanya adalah untuk membentuk keperibadian yang murni menerusi persembahan.
"Dengan adanya kesenian persembahan, anak-anak kita boleh mengenali jati diri mereka. Jati diri itu sangat penting - menjadi sesuatu yang kita harap dapat meneruskan, termasuk saling hormat- menghormati," ujar Cik Som Said.
Berkongsi wawasannya untuk 10 tahun akan datang, beliau berharap bahawa Sri Warisan akan terus menjadi wadah yang mampu menyemai perpaduan dan keharmonian, sekali gus menggalakkan pemahaman antara etnik.
"10 tahun akan datang, saya sangat mengharapkan bukan hanya daripada masyarakat Melayu yang terlibat. Kesenian ini bukan hanya untuk masyarakat Melayu sahaja tetapi kita akan berusaha melibatkan etnik lain bagi menyemai perpaduan. Ini bermakna, perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa menerusi kesenian.
"Kita selalu cakap kehidupan kita ini adalah berbilang kaum. Jadi ia akan diperkukuhkan lagi menerusi kerjasama dengan masyarakat lain dalam bidang kesenian," kata Cik Som.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan mengenai pentingnya mempromosikan tari Melayu Singapura di luar negara.
Mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Herman Cher Ma'in pula menerima Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa).
Menurut Encik Herman, pengalaman beliau berkhidmat di Kementerian Pendidikan banyak membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan madrasah secara umumnya.
"Saya sama sekali tidak menjangkakan bahawa saya akan dicalonkan untuk pengiktirafan anugerah itu. Semua tugasan dan penglibatan saya dalam masyarakat di atas keikhlasan saya dan saya tidak mengharapkan apa-apa anugerah daripada sesiapa pun. Tapi Alhamdulillah di atas pencalonan dan pengiktirafan ini.
"Di sebalik pengiktirafan ini, banyak yang menyokong. Maksudnya, hasilnya bukan daripada diri saya seorang tetapi di atas dorongan dan dukungan teman-teman seperjuangan di madrasah-madrasah seperti Madrasah Al-Arabiah, Madrasah Aljunied, di masjid-masjid seperti Masjid Al-Khair, Masjid Ar-Raudah dan juga teman-teman warga kerja di Yayasan Rahmatan Lil Alamin dan juga Bapa Sepanjang Hayat," kata beliau.
Antara sumbangan Encik Herman Cher Ma'in lain dalam pembangunan masyarakat Islam di peringkat antarabangsa termasuk menjalankan projek-projek kemanusian di Cambodia, Indonesia, Malaysia dan Turki.
Di bawah Yayasan Rahmatan Lil Alamin Foundation, beliau telah membawa sekumpulan pelajar untuk membantu para pelarian Syria.
Tambahnya, penglibatannya dalam projek-projek sedemikian amat bermakna baginya.
Empat tokoh menerima pengiktirafan tertinggi Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.
Anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang itu diberikan kepada mantan Pengerusi HDB, Bobby Chin Yoke Choong; anggota Jawatankuasa Taman Tugu Pengasas, Timothy James de Souza; mantan Pengerusi Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional, Kay Kuok Oon Kwong dan mantan Pengerusi syarikat Singapore Technologies Engineering, Kwa Chong Seng.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.