Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tokoh masyarakat Katolik dijel 5 tahun atas perbuatan tidak senonoh terhadap 2 remaja lelaki

Anggaran Waktu Membaca:
Tokoh masyarakat Katolik dijel 5 tahun atas perbuatan tidak senonoh terhadap 2 remaja lelaki

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 05 May 2022 03:00PM Dikemas Kini : 05 May 2022 11:07PM

SINGAPURA: Seorang tokoh terkenal dalam kalangan masyarakat Katolik tempatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Khamis (5 Mei) atas kesalahan-kesalahan seks terhadap dua remaja lelaki.

Identiti mangsa tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Nama lelaki itu juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah, yang melarang nama, jawatan, pelantikan dan sekolah yang dikaitkan dengannya diterbitkan.

Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan yang bercanggah dengan fitrah dan satu pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang individu muda.

Lagi dua pertuduhan bagi kesalahan serupa dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Kesalahan melakukan persetubuhan yang bercanggah dengan fitrah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seseorang yang muda boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya bagi pesalah kali pertama. Hukuman maksimum akan digandakan bagi pesalah berulang.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan