Skip to main content

Singapura

TODAY digabungkan dengan CNA mulai 1 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Media digital TODAY, akan digabungkan dengan wadah berita digital CNA mulai 1 Oktober, umum Mediacorp dalam satu kenyataan pada Rabu (28 Ogos).

Selepas penggabungan itu, TODAY akan menjadi majalah digital hujung minggu dalam bentuk panjang bagi platform digital CNA.

Menurut Mediacorp: "Penggabungan ini akan membolehkan ciri terbaik TODAY iaitu laporan asal bermutu tinggi, disebarkan lebih luas melalui platform digital CNA di Singapura dan luar negara.

TODAY akan memberi tumpuan menghasilkan rencana-rencana yang menganalisa isu-isu semasa di bawah jenama 'Big Read', berita masyarakat, wawancara menarik serta sudut pandangan, setiap hujung minggu.

Ia akan menambah kandungan digital CNA sedia ada dan membantu meningkatkan trafik pembaca ke CNA serta memperdalam interaksi bersama pembaca, terutamanya pada hujung minggu.

"Penggabungan ini dilakukan dalam landskap pascaCOVID, di mana terdapat kelelahan pembaca dengan begitu banyak sumber berita di seluruh dunia, serta corak pembaca yang mengelak daripada membaca berita," kata Ketua Editor Mediacorp Walter Fernandez.

"Trend sedemikian diburukkan lagi oleh perubahan algoritma beberapa platform media sosial untuk mengurangkan kepentingan berita, dengan menjadikannya sukar dicari. Pada masa yang sama, jumlah pembaca TODAY dan CNA digital juga meningkat dengan ketara sejak dua tahun lalu."

Berikutan penggabungan itu, tiada kakitangan akan diberhentikan. Semua kakitangan TODAY akan ditawarkan jawatan dalam CNA.

TODAY dilancarkan pada lewat tahun 2000 sebagai akhbar harian.

Dalam tempoh enam tahun, ia menjadi akhbar dengan jumlah pembaca kedua tertinggi di Singapura.

Pada 2017, ia menjadi akhbar pertama di Singapura untuk berpindah kepada bentuk digital, dan berhenti menerbitkan edisi cetaknya.

Sejak itu, ia meraih pengiktirafan di dalam dan luar negara sebagai jenama berita yang dipercayai, serta kandungan yang dekat dengan hati golongan muda.

Ketua pegawai komersil Mediacorp Jacqui Lim memberi jaminan kepada pengiklan yang sudah lama bersama TODAY bahawa mereka akan ditawarkan huraian pengiklanan kompetitif yang lain, di pelbagai rangkaian Mediacorp termasuk jenama berita seperti CNA, 8 World, Berita dan Seithi.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita