Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TOC tiada niat serah maklumat lanjut kepada IMDA

The Online Citizen (TOC) yang laman dan sebilangan akaun media sosialnya dipadamkan sekitar dua minggu lalu, mendedahkan pada Selasa (28 Sep) bahawa ia tidak akan menyerahkan maklumat lanjut kepada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Anggaran Waktu Membaca:
TOC tiada niat serah maklumat lanjut kepada IMDA
Diterbitkan : 28 Sep 2021 11:50AM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 11:51AM

SINGAPURA: The Online Citizen (TOC) yang laman dan sebilangan akaun media sosialnya dipadamkan sekitar dua minggu lalu, mendedahkan pada Selasa (28 Sep) bahawa ia tidak akan menyerahkan maklumat lanjut kepada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Ketua Editor TOC Terry Xu berkata: "Kami juga mahu menekankan bahawa TOC tidak pernah menerima sebarang pendanaan asing.

"Pembatalan model langganan TOC oleh IMDA pada 2019 yang wujud sejak 2014 adalah satu gangguan terhadap TOC dan satu tindakan yang menakut-nakutkan para pelanggan TOC."

Pada 14 September, IMDA menggantung lesen penyedia berita alternatif itu dan mengarahkannya supaya berhenti memuat naik catatan di laman dan akaun media sosialnya kerana gagal mengisytiharkan semua sumber pendanaannya.

IMDA menetapkan tarikh akhir sehingga 28 September untuk TOC mengemukakan maklumat lanjut agar mematuhi sepenuhnya Akta Penyiaran. Jika gagal berbuat demikian, ia boleh menyebabkan lesennya dibatalkan.

Di bawah Seksyen 12 Akta Penyiaran, IMDA boleh membatalkan atau menggantung lesen pemilik lesen penyiaran sekiranya ia didapati melanggar sebarang syarat pelesenan. Denda juga boleh dikenakan.

Pada 7 September, IMDA menyatakan bahawa ia sudah meminta laman itu "menjelaskan ketidakpatuhannya" selepas "berkali-kali gagal" mengisytiharkan kesemua sumber pendanaannya.

Menurut IMDA, penyedia kandungan Internet yang berdaftar seperti TOC yang menggalak atau membincangkan isu-isu politik berhubung Singapura secara online, "wajib telus" tentang sumber-sumber pendanaannya. Ini bagi mencegah pengaruh luar dalam politik tempatan.

Sebelum ini, TOC menyatakan ia sudah memfailkan permohonan untuk membuat semakan kehakiman terhadap perintah IMDA menggantung operasi platform media sosialnya dengan Encik Xu berkata bahawa ia tidak termaktub dalam perisytiharan yang demeterai dengan IMDA.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan