Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Toa Payoh East, Woodlands CC antara lokasi sediakan ruang rehat bagi penghantar makanan & pemandu teksi

Timbul di media sosial baru-baru ini gambar seorang pemandu teksi yang makan di but kenderaannya. Ia menjadi tular dan mengundang begitu banyak reaksi daripada netizen.

Anggaran Waktu Membaca:
Toa Payoh East, Woodlands CC antara lokasi sediakan ruang rehat bagi penghantar makanan & pemandu teksi

Tempat makan dan rehat yang disediakan di merata S'pura. (Gambar-gambar: Facebook)

SINGAPURA: Timbul di media sosial baru-baru ini gambar seorang pemandu teksi yang makan di but kenderaannya. Ia menjadi tular dan mengundang begitu banyak reaksi daripada netizen.

Inilah hakikatnya. Tidak semua yang keluar bekerja itu bertugas dalam suasana atau persekitaran pejabat.

Selain pemandu teksi atau pemandu kereta sewa privet, para pegawai penguat kuasa juga sebenarnya sukar mencari tempat untuk berehat atau makan.

Semua ini akan berterusan sehingga 13 Jun sedang orang ramai tidak dibenarkan duduk makan di kedai atau restoran.

Namun tahukah anda, sebilangan kelab masyarakat (CC) di merata Singapura menyediakan tempat rehat untuk para pekerja seperti ini?

Di Toa Payoh misalnya, Anggota Parlimen Saktiandi Supaat membuka sebuah ruang khas di Kelab Masyarakat Toa Payoh East untuk golongan pekerja tersebut.

Ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam dan di situlah para pekerja boleh makan atau berehat dengan selesa buat seketika.

"Semasa 'circuit-breaker' yang lalu, saya melihat banyak komen dan gambar para penghantar makanan ini makan di tepi jalan atau di dalam kereta. Para penduduk juga ada memberi maklum balas (tentang perkara ini). Jadi demi memudahkan dan memberi mereka keselesaan semasa tengah makan, kami buka ruang kecil untuk mereka," kata Encik Saktiandi kepada BERITAmediacorp apabila ditanya apa yang mendorongnya untuk membuka ruang rehat seperti itu.

Menurutnya, ruang yang disediakan buat masa ini cukup untuk 4 orang pada satu-satu masa.

"Ia mungkin kedengaran kecil tetapi had itu ditetapkan selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat, keselamatan dan ruang yang ada," jelasnya.

WOODLANDS, EUNOS & RADIN MAS JUGA TAWAR RUANG SERUPA

Anggota Parlimen Sembawang Mariam Jaafar juga menyediakan tempat duduk di sebuah sudut di Kelab Masyarakat Woodlands.

Ini dilakukan meskipun "CC itu kecil dan kebanyakan ruangnya digunakan untuk program vaksinasi".

"Kami membuka ruang itu untuk anda rehat dan makan di Lantai 2. Tidak ada alat hawa dingin tetapi tempatnya selesa dan berangin," tulis Cik Mariam di Facebook.

Kelab Masyarakat Woodlands turut menyediakan tempat untuk para pelajar mengulang kaji dan menelaah pelajaran mereka di Tingkat 3 bangunan dan sebuah lagi bilik di Tingkat 4 untuk golongan dewasa yang bekerja.

Tempat terhad - siapa cepat, dia dapat.

Cik Mariam bagaimanapun mengingatkan para penduduk supaya terus mematuhi peraturan jarak selamat dan "memastikan ruang-ruang itu rapi dan bersih untuk pengguna seterusnya".

Di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Radin Mas pula, sebuah dewan serba guna ditawarkan bersebelahan kelab masyarakatnya.

Gambar yang dikongsi Anggota Parlimen SMC itu, Encik Melvin Yong, menunjukkan dewan itu cukup luas dan boleh menampung lebih 10 orang.

Tidak ada meja disediakan tetapi bolehlah ia menjadi tempat bagi para penghantar makanan berteduh dari hujan atau cuaca panas terik.

"(Ia khas buat) kakak-kakak dan abang-abang dalam khidmat penting," kata Encik Yong.

Sementara itu, Kelab Masyarakat Eunos menyediakan ruang di dalam pekarangannya sendiri.

Dari gambar yang dimuat naik ke laman Facebook oleh aktivis akar umbi Chua Eng Leong, ruang yang dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam itu kelihatan cukup nyaman dan ia cukup luas untuk sekitar tujuh orang.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan