Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TMJ & DPM Wong bincang hubungan perdagangan, pelaburan SG-Johor

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong bertemu dengan Tengku Mahkota Johor di The Treasury hari ini (11 Jul).

Kali terakhir kedua-dua pemimpin tersebut bertemu adalah pada tahun lalu ketika Tunku Ismail mengiringi bapanya Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam lawatan rasminya ke Singapura.

Perbincangan antara DPM Wong dan Tunku Ismail menumpukan kepada cadangan zon ekonomi khas yang akan ditubuhkan di Johor, untuk menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Singapura dengan Johor.

Demikian menurut catatan Facebook Tengku Mahkota Johor hari ini.

Menurut DPM Wong di catatan Facebook beliau, Johor adalah pintu masuk utama antara Malaysia dengan Singapura.

Lawatan Tunku Ismail juga mencerminkan kerjasama erat Singapura dengan Malaysia dan Johor, tambahnya.

Pada minggu ini juga, Singapura akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-16 untuk membincangkan pelbagai inisiatif kerjasama antara Singapura dengan Johor.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan