Skip to main content

Singapura

Titik panas dikesan di Johor; jerebu dan kepulan asap ditiup ke SG: NEA

Beberapa titik panas dikesan di timur Johor, dengan angin menyebabkan kepulan asap ditiup ke arah Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Titik panas dikesan di Johor; jerebu dan kepulan asap ditiup ke SG: NEA

Apartmen kediaman privet dan estet perumahan awam di Singapura. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 30 Mar 2026 09:07PM
SINGAPURA: Beberapa titik panas dikesan di timur Johor, dengan angin menyebabkan kepulan asap ditiup ke arah Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (30 Mac).

Setakat pukul 7.00 malam, Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada antara 56 hingga 71, dalam julat sederhana.

Menurut rekod NEA, bacaan PSI 24 jam pada 71 adalah antara yang tertinggi tahun ini, dengan satu lagi bacaan sama dicatatkan pada 24 Mac.

PSI 24 jam dikira berdasarkan enam bahan pencemar udara - PM2.5, PM10, ozon, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida.

Dengan angin timur laut membawa asap ke Singapura, paras PM2.5 satu jam di beberapa kawasan mungkin meningkat, bergantung kepada keadaan angin, menurut NEA.

NEA menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada paras PM2.5 satu jam apabila melakukan aktiviti luar dalam tempoh terdekat.

Klinik-klinik di Singapura melaporkan peningkatan kes berkaitan jerebu sejak tiga bulan lalu, dengan para pesakit bukan sahaja mengalami gejala pernafasan tetapi juga masalah seperti gatal-gatal di mata dan radang kulit.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita