Tinjauan: Rakyat Singapura semakin berbudi bahasa
Sikap berbudi bahasa semakin ketara di Singapura. Satu tinjauan oleh Gerakan Baik Budi Singapura menunjukkan 44% daripada sekitar 1,800 responden berpendapat bahawa sikap ramah tamah semakin ketara di Singapura, berbanding hanya 28% yang berpendapat sedemikan tahun lalu.
SINGAPURA: Sikap berbudi bahasa semakin ketara di Singapura.
Semakin ramai penduduk Singapura mengalami sendiri sikap baik budi dan ramah tamah dari orang lain.
Satu tinjauan oleh Gerakan Baik Budi Singapura menunjukkan 44% daripada sekitar 1,800 responden berpendapat bahawa sikap ramah tamah semakin ketara di Singapura, berbanding hanya 28% yang berpendapat sedemikan tahun lalu.
84% pula menganggap sikap berbudi bahasa mereka di tahap baik atau cemerlang, sementara 69% mempunyai pandangan yang serupa mengenai sikap baik budi masyarakat Singapura secara keseluruhannya.
Menurut tinjauan itu lagi, rakyat Singapura menunjukan peningkatan dalam tahap sikap ramah tamah, bertimbang rasa, berbudi bahasa dan menghargai orang lain.
Mengenai usaha memupuk sikap berbudi bahasa yang sepatutnya bermula di rumah, tinjauan itu menunjukkan, separuh daripada responden berpendapat, ibu bapa tidak memberikan contoh yang sebaik-baiknya untuk menyemai sikap itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.