Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tinjauan pemerintah tentang isu LGBT+ dapat lebih 30,000 respons: REACH

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu tinjauan Pemerintah tentang isu-isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT+) dan Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah yang dikendalikan oleh REACH menerima lebih 30,000 respons sebelum ia ditutup pada tengah hari tadi (23 Mac). 

Ini "sangat menjangkaui" jumlah respons yang biasa dierima, yang selalunya dalam lingkungan "beberapa ratus hingga beberapa ribu", menurut seorang jurucakap daripada jabatan maklum balas Pemerintah Singapura itu. 

Sebaik sahaja selepas tinjauan itu ditutup, mereka yang cuba membuka pautan itu melihat mesej yang menyatakan REACH menutup tinjauan tersebut disebabkan "respons luar biasa". 

"Tinjauan ini merupakan salah satu daripada banyak tinjauan yang dikendalikan REACH kepada penduduk Singapura untuk mendapatkan maklum balas tentang isu-isu yang menjadi keprihatinan mereka," kata seorang jurucakap REACH semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. 

Tinjauan itu menarik perhatian ramai di media sosial antara Selasa malam (22 Mac) dengan Rabu pagi (23 Mac), dengan aktivis kumpulan LGBTQ yang terkenal Oogachaga dan Pink Dot SG membuat permohonan kepada orang ramai untuk berkongsi pendapat mereka menerusi tinjauan itu. 

REACH sudahpun menutup tinjauan tersebut kerana ia sudah menerima lebih 30,000 respons berhubung isu berkenaan, kata jurucakap itu. 

"Kami mengucapkan terima kasih kepara mereka yang menyertai tinjaun ini dan akan berkongi maklum balas dengan badan-badan yang relevan," tambah jurucakap tersebut. 

Dalam tinjaun itu, satu nota kepada responden berbunyi: "Kami ingin mendengar pandangan anda tentang masyarakat LGBTQ+ di Singapura. Tinjauan ini dibuka kepada semua orang, tidak kira orientasi seksual dan/atau identiti jantina. 

"Maklum balas anda akan dikongsi dengan badan-badan relevan dan akan digunakan di peringkat Pemerintah untuk mengubah dan mengemas kini dasar." 

Dalam tinjauan itu responden ditanya beberapa soalan tentang topik seperti pendapat mereka tentang layanan anggota masyarakat LGBTQ+ yang mereka kenali dan sama ada mereka menyokong masyarakat LGBTQ+ serta perjuangan mereka. 

Soalan-soalan lain bertanya sama ada Seksyen 377A patut ditarik balik, dikekalkan atau diubah dan mengapa. 

Ini menyusuli ulasan Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang K Shanmugam di Parlimen awal bulan ini yang berkata Pemerintah sedang mempertimbangkan "langkah yang terbaik" tentang Seksyen 377A, yang menyenaraikan seks antara dua individu gay sebagai satu jenayah. 

"Dan jika dan apabila kami memutuskan untuk mengambil langkah seterusnya, kami akan berbuat sedemikian dalam cara yang terus mengimbangi pandangan-pandangan yang berbeza dan mengelak menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap norma-norma sosial dan jangkaan masyarakat," kata Encik Shanmugam. 

"Dasar-dasar harus berubah untuk kekal relevan dengan perubahan pendapat. Dan undang-undang harus berubah untuk menyokong dasar-dasar yang dikemas kini."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan