Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tinjauan NTUC: Hampir 15% lagi pekerja kurang yakin pekerjaan terjamin berbanding 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Tinjauan NTUC: Hampir 15% lagi pekerja kurang yakin pekerjaan terjamin berbanding 2023

Para pekerja di Raffles Place di pusat bandar Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Hampir 15 peratus lagi pekerja rakyat Singapura percaya mereka akan kehilangan pekerjaan dalam masa tiga bulan akan datang berbanding tahun lalu.

Keprihatinan itu telah mendorong pergerakan buruh NTUC menyeru bagi perubahan kepada pakej sokongan bagi pekerja yang diberhentikan.

Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan NTUC mengatakan adalah amat penting bagi pekerja yang diberhentikan, mendapat sokongan kewangan atau peluang untuk meningkatkan kemahiran bagi membantu mereka mencari pekerjaan baharu.

Keprihatinan pekerja itu dapat dilihat daripada hasil tinjauan NTUC mengenai sentimen ekonomi.

Tinjauan itu dilakukan dari bulan Disember lalu hingga Januari 2024, melibatkan hampir 2,000 pekerja.

Dalam satu lagi tinjauan NTUC mengenai Belanjawan tahun ini, 30 peratus daripada 185 pekerja yang ditinjau, bimbang bahawa automasi dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) akan menggantikan mereka.

SNEF dan NTUC menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan tahun ini kerana syarikat-syarikat melakukan penyusunan semula perniagaan masing-masing.

Sehubungan dengan itu, SNEF berharap pemerintah akan bertindak secara proaktif untuk mengenal pasti industri-industri yang berpotensi untuk pekerja meningkatkan kemahiran mereka.
Sumber : AGENCIES/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan