Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tinjauan lucah: PPIS suarakan keprihatinan, perpaduan bersama asatizah wanita terjejas

Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) meluahkan rasa prihatin terhadap rasa tidak hormat dan serangan terhadap maruah wanita berhubung satu undian online yang menyenaraikan nama dan gambar para ustazah setempat berdasarkan daya tarikan seksual mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) meluahkan rasa prihatin terhadap rasa tidak hormat dan serangan terhadap maruah wanita berhubung satu undian online yang menyenaraikan nama dan gambar para ustazah setempat berdasarkan daya tarikan seksual mereka.

Dalam kenyataan media pada Khamis (27 Mei), PPIS meluahkan perpaduan bersama para asatizah yang terjejas.

"Kepada para asatizah yang terjejas, kami berdiri teguh bersama anda. Ketahui bahawa anda bukan keseorangan, PPIS di sini untuk anda," menurut PPIS.

Sehubungan itu, badan itu turut menekankan komitmen untuk memajukan aspirasi wanita, menegakkan maruah wanita serta memperkasakan wanita Muslim.

Mengakhiri kenyataannya, PPIS menyuarakan harapan untuk bekerjasama dengan masyarakat online bagi memastikan ruang awam dan ruang dikongsi seperti media sosial selamat bagi kaum wanita.

"Ekosistem yang menyokong adalah penting bagi menghasilkan masyarakat saksama bagi semua, terutama sekali kaum wanita," menurut PPIS.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan