Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tinjauan lucah: PERKEMAS seru anggotanya yang terjejas tampil ke hadapan

Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (PERKEMAS) menyeru para anggotanya yang terjejas dengan skandal tinjauan-tinjauan lucah ke atas asatizah wanita, untuk tampil ke hadapan dan persatuan itu akan menghulurkan segala bantuan dan sokongan kepada mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (PERKEMAS) menyeru para anggotanya yang terjejas dengan skandal tinjauan-tinjauan lucah ke atas asatizah wanita, untuk tampil ke hadapan dan persatuan itu akan menghulurkan segala bantuan dan sokongan kepada mereka.

Dalam surat pekeliling atau notis sepanjang dua halaman kepada anggotanya, Presiden PERKEMAS, Muhammad Arsyad Kasini menegaskan bahawa kejadian ini wajar dijadikan sebagai peringatan untuk para anggota PERKEMAS sebagai asatizah akan datang dan pemimpin masyarakat untuk berdiri teguh bersama bagi melindungi kebajikan dan keselamatan para asatizah wanita.

Beliau juga menyeru dan menggalak setiap daripada anggotanya supaya mengambil tindakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu demikian di samping memberi sokongan kepada mereka yang terjejas.

BERITAmediacorp mendapati ada dua tinjauan lucah yang dijalankan menerusi platform media sosial MeWe, melibatkan 17 asatizah tempatan.

Satu daripadanya mengajukan soalan tidak senonoh -"Ustazah mana patut kena gangbang?" - yang merujuk kepada perbuatan merogol beramai-ramai.

Dalangnya ialah pengguna yang menggunakan nama 'M A' dan mereka yang menyertai tinjauan itu mungkin merupakan para penuntut bidang ukhrawi.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga sudahpun membuat laporan polis mengenai perkara ini.

PERKEMAS menyifatkan kejadian tinjauan lucah yang menjejas kebajikan dan keselamatan beberapa anggotanya itu sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

"Kepada para mangsa, anda tidak bersendirian. Kami di samping anda dan akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan," kata Encik Arsyad.

PERKEMAS juga mengutuk perbuatan jijik dan jahat itu yang tidak memikirkan tentang kehormatan anggota persatuan itu serta masyarakat Islam secara keseluruhannya.

Dalam notis tersebut, Encik Arsyad juga mengesyorkan tiga cara kepada anggotanya untuk mengelakkan kejadian seperti tinjauan lucah itu daripada berlaku lagi. Antaranya adalah meningkatkan kesedaran dan menyuarakan keprihatinan tentang perbuatan terkutuk itu bagi menentangnya serta menghormati satu sama lain.

Menurut laman web PERKEMAS, badan yang ditubuhkan pada 1969 ini bertujuan menjaga kebajikan para mahasiswa yang menuntut di Mesir. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan