Tinjauan akan dijalankan bagi fahami cabaran digital sektor persekitaran binaan
Satu tinjauan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor Persekitaran Binaan akan dijalankan bagi memahami cabaran yang dihadapi apabila menggunakan sistem digital.

Latar langit kawasan perniagaan di Singapura. (Foto: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Satu tinjauan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor Persekitaran Binaan akan dijalankan bagi memahami cabaran yang dihadapi apabila menggunakan sistem digital.
Ia bagi membantu syarikat-syarikat tersebut mengatasi hambatan-hambatan itu terutama sekali firma-firma kecil dan sederhana.
Dapatan tinjauan itu juga akan digunakan untuk mencipta papan pemuka Penghantaran Digital Bersepadu atau IDD.
Papan pemuka IDD membolehkan pihak pemaju memantau dan mengurus projek masing-masing tanpa perlu pergi ke tapak binaan.
Dapatannya akan diterbitkan oleh syarikat KPMG dan Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (REDAS) pada April tahun depan.
Projek papan pemuka itu akan merangkumi unsur-unsur penanda aras terhadap norma industri.
Apabila siap kelak, ia dapat digunakan para pemaju mulai awal 2023 pada harga yang berpatutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.