Skip to main content

Singapura

Tinjauan: 49% isi rumah beli elektrik daripada pembekal alternatif

50 peratus isi rumah di Singapura tidak memilih bekalan elektrik lebih murah, yang ditawarkan para pembekal elektrik alternatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Tinjauan: 49% isi rumah beli elektrik daripada pembekal alternatif

Sebuah blok HDB di Singapura. (Gambar: Unsplash/syucyann)

Diterbitkan : 07 May 2021 06:14PM Dikemas Kini : 07 May 2021 06:17PM

SINGAPURA: 50 peratus isi rumah di Singapura tidak memilih bekalan elektrik lebih murah, yang ditawarkan para pembekal elektrik alternatif.

Sehingga bulan lalu, hanya 49 peratus daripada mereka sudah berbuat demikian.

Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menyatakan jumlah itu naik 1 peratusan mata berbanding enam bulan lalu.

Bagi yang telah membuat peralihan tersebut, mereka kini lebih pandai membuat penilaian dan peka terhadap harga elektrik yang ditawarkan.

Hasil tinjauan kepuasan pengguna terbaru yang dijalankan EMA menunjukkan sepertiga daripada para pengguna Pasaran Elektrik Terbuka (OEM) secara automatik memperbaharui kontrak dengan syarikat-syarikat pembekal sebelumnya.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 49 peratus pada enam bulan lalu.

Lebih banyak isi rumah kini membandingkan tawaran-tawarannya sebelum memperbaharui kontrak dengan peruncit mereka.

Sebahagian besar pengguna yang membeli daripada pasaran terbuka pula memilih pelan harga tetap.

Para pengguna juga didapati lebih berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan para peruncit.

Keppel Electric, Geneco dan Tuas Power adalah antara para peruncit OEM yang mempunyai bilangan pelanggan terbesar dalam kalangan pengguna di rumah. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita