Tinjau kapal pesiaran Disney Adventure, pelbagai pengalaman ditawarkan untuk semua peringkat usia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
SINGAPURA: Jika anda masih memikirkan sama ada hendak menaiki kapal pesiaran Disney Adventure atau tidak pada tahun depan, mungkin butiran berikut ini akan mengubah fikiran anda.
Disney mengadakan acara "pelancaran besar-besaran" pada Rabu (16 Okt) di Marina Bay Sands, yang membolehkan para tetamu meninjau-ninjau penginapan dan kawasan bertema di atas kapal tersebut, yang dijadual berlayar pada 15 Disember 2025.
Disney juga mendedahkan buat pertama kali untuk Disney Cruise Line, pelayaran Disney Adventure itu akan mempunyai tiga tarikan baharu di dek atas, dalam zon pengembaraan yang didedikasikan untuk Marvel Universe. Salah satunya ialah Ironcycle Test Run, 'roller coaster' terpanjang di laut.
Terdapat juga muzikal ala Broadway baharu yang dinamakan 'Remember', khusus bagi Disney Adventure.
Berikut adalah gambaran beberapa kawasan:

1. DISNEY IMAGINATION GARDEN
Kawasan tersebut mempunyai lembah mengkagumkan, taman yang menawan dan tempat persembahan. Semuanya di satu tempat.
Terdapat skrin LED setinggi tiga tingkat, dengan pemandangan yang cantik untuk tetamu serta tempat duduk terbuka. Ia akan menawarkan beberapa rancangan yang dibintangi oleh watak Disney dan Marvel termasuk: Let's Set Sail, pesta tarian bersemangat yang akan memulakan aktiviti pada hari pertama; dan Avengers Assemble!, pertempuran wira Marvel dan penjahat.
Selain itu, terdapat juga Kapten Jack Sparrow & Permaisuri Siren, pengembaraan yang dipimpin oleh Kapten Jack Sparrow; Mickey's Color Spin Dance Party, acara yang meriah dan bertenaga sesuai untuk pencinta muzik Disney dari semua peringkat usia; dan Baymax Super Exercise Expo, pertunjukan senaman muzikal yang diilhamkan oleh anggota Big Hero 6.

2. TOY STORY PLACE
Toy Story Place menawarkan tempat bertema makanan serta kawasan permainan air.
Kawasan itu merangkumi ciri permainan air diinspirasikan filem tersebut, termasuk kolam renang keluarga yang besar, kolam renang berpusar, gelongsor air yang tinggi dan pad percikan air interaktif.

3. SAN FRANSOKYO STREET
Teroka dunia Big Hero 6 di San Fransokyo Street. Kawasan itu mempunyai permainan interaktif, kedai, pawagam dan banyak lagi.
Tetamu boleh menemui Big Hero Arcade, ruang permainan keluarga, dengan Zon Latihan Hiro sebagai tarikan utama.

4. TOWN SQUARE
Kawasan tersebut dipenuhi dengan kedai, kawasan rehat, kafe, restoran dan tempat hiburan.
Terdapat pelbagai pengalaman hiburan, termasuk Walt Disney Theatre. Istana itu dilengkapi dengan peralatan yang canggih.
Setiap tetamu di atas kapal pesiaran Disney Adventure berpeluang menyaksikan dua muzikal asal gaya Broadway sepanjang pelayaran mereka.
Muzikal pertama adalah Remember, sebuah kisah cinta yang dibintangi oleh pasangan robot comel daripada filem Wall-E, dengan penampilan khas seperti Coco, Aladdin dan The Little Mermaid.
Muzikal kedua adalah Disney Seas The Adventure, yang menampilkan lagu-lagu ikonik dibintangi Goofy dan watak daripada filem Hercules, Tangled dan banyak lagi.
Tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis pertunjukan dan penampilan watak Disney yang disayangi di Royal Court.

5. DISNEY DISCOVERY REEF
Kawasan tersebut menampilkan watak daripada filem Little Mermaid, Lilo & Stitch, Finding Nemo dan Luca.
Tetamu boleh makan dan membeli-belah di kawasan itu, dengan beberapa pilihan seperti Stitch’s ‘Ohana Grill, sebuah kedai yang menawarkan burger, sandwic dan makanan klasik Amerika yang lain. Kedai Bewitching Boba and Brews pula menyajikan 'bubble tea', manakala Cosmic Kebab menawarkan pita dan kebab.

6. WAYFINDER BAY
Kawasan kolam renang itu diilhamkan oleh filem Moana, dan menawarkan permandangan laut dan langit yang indah.
Terdapat kolam renang yang juga berfungsi sebagai tempat pertunjukan secara langsung dan acara interaktif, termasuk 'Moana: Call of the Sea', muzikal yang mengisahkan semula perjalanan Moana.

7. MARVEL LANDING
Tetamu boleh mencuba tiga tarikan baharu bertemakan wira ikonik Marvel.
Orang ramai boleh menaiki Ironcycle Test Run, roller coaster sepanjang 250 meter, yang tergantung sembilan meter di dek teratas.

8. PENGINAPAN
Anda mempunyai pelbagai pilihan bilik, dengan pemandangan laut yang indah atau pemandangan dek kapal.
Bilik-bilik tersebut juga dilengkapi dengan sentuhan Disney yang istimewa dan kemudahan mesra keluarga, seperti karya seni menarik yang memaparkan watak Disney yang digemari, serta kepala katil yang bertema buku cerita.
Bagi mereka yang ingin pengalaman lebih mewah, mereka boleh pilih 'suite concierge' yang mempunyai reka bentuk konsep terbuka moden dan susunan satu bilik tidur yang luas. Setiap bilik menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan boleh menempatkan sekurang-kurangnya lima tetamu dengan kawasan khusus untuk berehat, makan dan tidur.
Kapal Disney Adventure juga mempunyai dua bilik suite diraja bertemakan watak Frozen Anna dan Elsa.
Kapal pesiaran Disney Adventure dijangka boleh memuatkan kira-kira 6,700 penumpang, dengan kira-kira 2,500 anak kapal.
Tempahan dibuka mulai 10 Disember 2024 dan butiran mengenai harga serta tarikh pelayaran akan dikeluarkan pada 14 November 2024.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.