Tingkat kerjasama agar ekonomi digital manfaatkan semua, kata DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru semua pihak bekerjasama bagi memastikan ekonomi digital memacu pertumbuhan yang berterusan bagi semua orang.
Berucap di Sidang Puncak Teknologi Asia Singapura, pada Selasa (6 Jun), Encik Wong berkata negara-negara telah mula berbeza haluan dalam bidang-bidang seperti perlindungan data dan privasi.
Orang ramai pula bimbang tentang kesan teknologi terhadap pekerjaan dan kehidupan mereka.
Justeru, Encik Wong menggesa diwujudkan ekonomi digital yang lebih saling berhubung kait, dipercayai dan inklusif dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi digital.
Sebagai contoh, DPM Wong berkata apabila negara melabur dalam infrastruktur negara masing-masing, sistem yang berbeza juga harus boleh menghubungkan dan saling beroperasi merentasi sempadan.
Tambah beliau, khidmat PayNow di Singapura, misalnya mampu digunakan dengan sistem pembayaran elektronik yang serupa di India dan Thailand.
Namun, Encik Wong juga akur tidak mudah untuk mencapainya disebabkan isu seperti tadbir urus dan kepercayaan data.
"Kita harus berusaha ke arah mencapai beberapa persefahaman bersama mengenai piawaian perlindungan data, supaya setiap negara boleh menyimpan data peribadi itu mengikut kesesuaian mereka, dan pada masa yang sama masih memudahkan pemindahan data merentasi sempadan," kata Encik Wong.
"Bagi mencapai kata sepakat mengenai perkara ini dan isu-isu lain yang berkaitan tidak akan mudah, dan Singapura akan melakukan apa yang perlu untuk memudahkan perkara ini."
Encik Wong menambah adalah penting juga untuk memastikan kecerdasan buatan boleh dipercayai.
Teknologi baru seperti AI generatif mempunyai potensi yang sangat besar tetapi juga kelemahan yang serius, seperti keupayaannya untuk digunakan untuk mencipta kepalsuan.
Beliau juga menegaskan bahawa ekonomi digital perlu berkembang secara inklusif.
Ini termasuk membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan pekerjaan.
Dalam hal itu, negara-negara boleh berkongsi apa yang mereka pelajari antara satu sama lain, tegas Encik Wong.
“Ekonomi digital yang berkembang pesat menjanjikan banyak kemudahan moden dan peluang baru untuk semua orang, atau ramai orang di dunia, pastinya berjuta-juta orang di Asia.
"Tetapi jika anda ingin mengekalkan pertumbuhan ini, kita mesti menghadapi banyak cabaran dan isu mendesak yang melanda kita. Kita harus mencari cara untuk membina keyakinan dalam teknologi yang baru muncul dan meyakinkan orang ramai tentang tempat mereka dalam dunia digital," ujarnya.
DPM menekankan lagi bahawa tiada negara yang boleh menangani semua isu itu secara sendirian.
Maka itu, tambah beliau untuk berjaya, semua pihak harus bersatu, memanfaatkan pengalaman dan kebijaksanaan bersama serta mengembangkan semangat kolektif itu
Sidang Puncak Teknologi Asia Singapura itu menghimpunkan penceramah dari seluruh dunia yang akan membincangkan topik seperti teknologi kuantum dan kemampanan.
Ia berlangsung sehingga Jumaat ini.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.