Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tingkap 'bijak' ciptaan NTU mampu sekat sinaran inframerah tanpa jejas pemandangan

Para penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta bahan tingkap baru yang bijak. Ia bukan saja memberikan anda pemandangan yang jelas tetapi juga melindungi daripada sinaran inframerah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2021 07:19PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 11:47PM

SINGAPURA: Para penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta bahan tingkap baru yang bijak. Ia bukan saja memberikan anda pemandangan yang jelas tetapi juga melindungi daripada sinaran inframerah.

Teknologi terkini hanya dapat menghalang cahaya yang boleh dilihat tetapi tidak dapat menghalang sinaran panas.

Namun dengan bahan baru yang menjimatkan tenaga sehingga 30 peratus, kadar pemandangan adalah hampir 100 peratus.

Bahan itu dihidupkan dengan menggunakan elektrik dan pengguna dapat mengawal haba serta menghalang sehingga 70 peratus radiasi inframerah.

Menurut para penyelidik NTU, ia juga dapat membantu keluarga mengurangkan bil penghawa dingin dalam keadaan cuaca panas di Singapura.

Mereka juga sedang bekerjasama dengan pengeluar kaca tempatan untuk meningkatkan lagi mutu produk itu bagi tujuan komersil.

Sumber : CNA/RB/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan