Skip to main content

Singapura

Tinggal segelintir duta jarak selamat; hampir semua sudah kembali ke sektor lain, dedah MSE

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cuma tinggal "segelintir" Duta Jarak Selamat (SDA) disebabkan oleh aturan kontrak mereka dan hampir semua sudah kembali ke sektor-sektor lain, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Selasa (20 Sep).

Para duta jarak selamat diambil bekerja oleh Pemerintah semasa pandemik COVID-19 untuk membimbing dan menasihati syarikat-syarikat perniagaan dan orang ramai supaya mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

Sejak April tahun ini, jumlah duta jarak selamat sudah dikurangkan dan pemerintah turut membantu individu-individu tersebut mencari pekerjaan alternatif.
"Sesetengah syarikat privet juga mengambil pekerja mereka sendiri di premis masing-masing untuk menjalankan tugas yang serupa dengan duta jarak selamat," menurut MSE semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

Mediacorp juga sudah menghubungi kementerian itu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung duta jarak selamat.

Menurut MSE, pemerintah akan terus mengerahkan pegawai penguat kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan jika terdapat pelanggaran langkah-langkah pengurusan selamat.

"Buat masa ini, hanya pegawai penguat kuasa yang merupakan penjawat awam dengan agensi-agensi pemerintah, pegawai polis dan pegawai polis tambahan mempunyai kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan jika berlaku pelanggaran langkah-langkah pengurusan selamat," menurut MSE.
"Langkah-langkah pengurusan selamat sudah berhasil melindungi kita dan memastikan kita selamat. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura kerana memainkan peranan dalam mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat sejak dua tahun lalu," menurut MSE.

"Kami menggalak semua orang untuk terus melaksanakan tanggungjawab peribadi dan sosial masing-masing."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita