Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tindakan terhadap Joseph Schooling, Amanda Lim 'wajar', kata peguam

Schooling bakal diselia di bawah rejim ujian air kencing selama enam bulan sementara Lim pula diberikan amaran keras oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan terhadap Joseph Schooling, Amanda Lim 'wajar', kata peguam

(Gambar Fail: Team Singapore, Singapore Swimming Association, Simone Castrovillari/Facebook)

SINGAPURA: Para peguam mengatakan tindakan yang diambil terhadap Joseph Schooling dan Amanda Lim adalah wajar.

Schooling yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bakal diselia di bawah rejim ujian air kencing selama enam bulan sementara Lim pula diberikan amaran keras oleh Biro Narkotik Pusat, CNB.

Ketua Undang-Undang Jenayah, Quahe Woo & Palmer, Sunil Sudheesan berkata: "CNB dalam kes ini memilih untuk tidak mendakwa di mahkamah dan memilih untuk tidak menghantar dua individu ini ke Pusat Pemulihan Dadah. Ini adalah adil. Tiada hasil positif dalam ujian air kencing bagi kes ini.

"Sebaliknya, terdapat individu-individu yang bekerjasama dan mengakui tindakan mereka secara sukarela dan mungkin terdapat faktor-faktor lain yang kami tidak ketahui. Jadi kita jangan buat spekulasi."

Pengarah Urusan, Fervent Chambers, Clarence Lun berkata: "Selalunya, pada awal tahun 2000-an, kami lihat hukuman penjara dikenakan, puratanya antara lapan hingga 12 bulan bagi seseorang yang didakwa dengan penyalahgunaan dadah dan ganja.

"Dengan peredaran masa, pada tahun 2019, Parlimen beralih ke arah langkah pemulihan bagi mereka yang terdedah kepada penyalahgunaan dadah, di mana tumpuan diberikan kepada pemulihan, bukan kepada hukuman, serta dakwaan dan hukuman penjara."
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan