Tindakan tegas terus diambil ke atas HDB, pemilik rumah privet yang langgar had penghuni rumah sewa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sedang had penghunian akan dinaikkan buat sementara bagi flat perumahan awam lebih besar dan rumah privet, pemerintah akan terus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar peraturan tersebut.
Demikian menurut Menteri Negara Pembangunan Negara Tan Kiat How pada Selasa (9 Jan).
Dari 22 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026, sehingga lapan individu yang tidak ada kaitan antara satu sama lain akan dibenarkan untuk menetap bersama dalam kediaman sedemikian. Ia adalah langkah sementara untuk membantu memenuhi permintaan bagi rumah sewa. Had tersebut dinaikkan daripada had sedia ada iaitu enam individu yang tidak ada kaitan antara satu sama lain, yang bermaksud mereka yang bukan berasal dari keluarga yang sama.
PELANGGARAN HAD PENGHUNI RUMAH AWAM, PRIVET
Berikutan pengumuman langkah perumahan sementara itu pada Disember, anggota parlimen (AP) menyuarakan kebimbangan terhadap pelanggaran dan kelemahan yang mungkin berlaku berkait had penghunian.
Dalam jawapannya di parlimen pada Selasa, Encik Tan berkata, pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) harus mendapatkan kelulusan HDB sebelum menyewakan flat atau bilik tidur mereka.
Peraturan yang sama dikenakan ke atas pemilik hartanah kediaman privet, yang harus mendaftar terlebih dahulu dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) jika mereka ingin menyewa kepada lebih daripada enam orang yang tiada kaitan.
Pemeriksaan akan dijalankan oleh HDB dan URA untuk perumahan awam dan privet untuk memastikan pemilik dan penyewa mematuhi terma dan syarat kelulusan, dan tidak menyebabkan "kelemahan serius" kepada orang ramai.
Dengan perumahan awam, bergantung kepada sejauh mana tahap pelanggaran, HDB akan mengeluarkan amaran bertulis, mengenakan denda kewangan atau memperoleh flat secara paksa bagi kes yang paling teruk, kata Encik Tan.
Bagi hartanah kediaman privet, Encik Tan berkata kebenaran URA akan dihentikan sekiranya berlaku kelemahan yang serius, dan pemilik akan dikehendaki mengembalikan hartanah mereka kepada had penghunian asalnya iaitu enam individu. Selain itu, mereka yang melanggar had tersebut boleh didenda dan/atau dipenjara.
PERATURAN SEWA SEDIA ADA DITERUSKAN
Encik Tan menggariskan peraturan sedia ada bagi penyewaan HDB yang akan terus dikuatkuasakan.
Kuota bagi mereka yang bukan rakyat Singapura iaitu lapan peratus bagi kejiranan HDB dan 11 peratus bagi blok HDB mengehadkan jumlah flat yang boleh disewakan kepada warga asing di setiap kejiranan dan blok.
Pemegang permit kerja bukan warga Malaysia dari sektor binaan, marin dan proses juga tidak dibenarkan untuk menyewa flat atau bilik tidur HDB.
Ketika menjawab soalan oleh Cik Foo Mee Har (PAP-West Coast) di parlimen mengenai sama ada pemerintah merancang untuk mengehadkan jumlah unit flat di dalam sebuah blok hdb, yang mungkin boleh memanfaatkan pelonggaran had penghunian sementara untuk menghalang penghunian yang melebihi had.
Encik Tan menarik perhatian bahawa kuota bagi mereka yang bukan rakyat Singapura akan membantu mengehadkan pertambahan jumlah penghuni di setiap blok. Ini kerana kebanyakan mereka yang menyewa dan tertakluk kepada had penghunian adalah bukan warga Singapura.
Pelonggaran had penghunian sementara tersebut akan "membantu memenuhi permintaan penyewaan jangka pendek dan menyederhanakan kos penyewaan bagi isi rumah warga Singapura yang perlu menyewa," tambah Encik Tan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.