Tindakan segera diperlukan untuk lawan denggi; kes bulan Jun dijangka jangkaui rekod tertinggi mingguan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menggesa orang ramai supaya mengambil "tindakan segera" kerana kes denggi pada bulan Jun dijangka akan menjangkaui rekod tertinggi mingguan.
"Buat masa ini, Singapura sedang berdepan dengan keadaan denggi yang serius, sedang jumlah kes mingguan yang dilaporkan terus meningkat dengan mendadak," menurut agensi itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (3 Jun).
"Jumlah ini dijangka akan mencecah satu lagi paras rekod tertinggi dalam sejarah, melepasi jumlah mingguan tertinggi iaitu 1,787 kes yang dicatatkan pada 2020. Malah jumlah kes mungkin akan melepasi 2,000 kes pada bulan Jun yang biasanya merupakan permulaan musim kemuncak denggi."
Lebih 12,000 kes denggi dilaporkan tahun ini berbanding 5,258 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Rekod tahunan adalah 35,315 kes pada 2020.

Sebanyak 1,569 kes dilaporkan pada minggu antara 22 Mei dengan 28 Mei. Namun, jumlah tersebut sudah merosot kepada 985 kes pada minggu seterusnya setakat jam 3.00 petang pada Khamis (2 Jun).
Pemeriksaan NEA mendapati bahawa kebanyakan tempat pembiakan nyamuk dikesan di kawasan-kawasan kediaman, dengan peratusan lebih kecil di ruang-ruang umum yang kemudian disusuli oleh tapak-tapak binaan.
Menteri Negara Kemampanan dan Sekitaran Desmond Tan memberitahu para wartawan pada Jumaat (3 Jun) bahawa para pesakit yang dijangkiti denggi sejauh ini berupaya pulih di rumah dan "tidak terlalu banyak kes" yang memudaratkan.
Encik Tan berkata demikian semasa berucap di salah satu kelompok denggi, sebuah tapak binaan di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Clementi selepas meninjau-ninjau bagaimana para pekerja mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan termasuk meningkatkan kekerapan menjalankan pemeriksaan.
NEA yang memberi amaran mengenai lonjakan kes denggi seawal Januari tahun ini mengulangi peringatan itu sekali lagi pada Jumaat (3 Jun).
TINDAKAN "KRITIKAL" DIPERLUKAN
NEA turut menggesa para penduduk supaya "kerap" melaksanakan rejim 'mozzie wipeout' termasuk termasuk memecahkan tanah yang mengeras, menukar air dalam pasu dan mengosongkan pinggan pasu bunga.

Antara Januari hingga Mei tahun ini, NEA sudah menjalankan kira-kira 305,000 pemeriksaan di merata negara termasuk kira-kira 2,300 pemeriksaan di tapak binaan dan mengesan sekitar 9,000 tempat pembiakan nyamuk.
Semasa menjalankan pemeriksaan, NEA mendapati bahawa 60 peratus tempat pembiakan nyamuk dikesan di unit-unit kediaman manakala kira-kira 24 peratus dan 5 peratus masing-masing dikesan di ruang-ruang umum dan tapak-tapak binaan, kata Encik Tan.
Dari Januari hingga Mei, NEA juga sudah mengenakan lebih 4,420 notis undang-undang terhadap pemilik rumah dan penghuni, yang menghendaki mereka membenarkan para pegawai NEA memasuki premis mereka, untuk menjalankan pemeriksaan segera dan kerja-kerja kawalan vektor pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
NEA juga sudah mengeluarkan 59 Perintah Berhenti Kerja (SWO) terhadap tapak-tapak binaan, dengan sembilan kontraktor akan didakwa di mahkamah atas pembiakan nyamuk yang berulang pada tahun ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.