Tindakan penguatkuasa diambil terhadap Zilingo kerana gagal fail laporan tahunan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) menyatakan pada Khamis (16 Feb) bahawa ia mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat pemula fesyen Zilingo kerana tidak memfailkan pulangan tahunannya selama dua tahun - 2020 dan 2021.
Meskipun ACRA tidak memberikan perincian tentang tindakan yang diambil ke atas syarikat itu, yang kini dalam proses pembubaran, ia menyatakan tindakan tersebut selalunya termasuk menghantar peringatan, mengenakan denda atau syarikat itu dibatalkan dari daftar syarikat.
Semua syarikat berdaftar di Singapura dikehendaki memfailkan pulangan tahunan dengan ACRA untuk memastikan maklumat syarikat dalam daftar penguasa itu sentiasa dikemas kini.
Beberapa syarikat juga dikehendaki memfailkan kenyataan kewangan, sebagai sebahagian daripada laporan tahunan syarikat.
Bagi tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2022, 77 peratus syarikat memfailkan pulangan tahunan tepat pada masanya, kata jurucakap ACRA kepada Mediacorp.
ACRA tidak memberikan angka buat tahun-tahun sebelum ini.

Sumber : CNA/HY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.