Tindakan pantas pekerja asing ini bantu selamatkan pemandu dari tanah jerlus Tanjong Katong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tindakan pantas sekumpulan pekerja yang berada berhampiran tanah jerlus yang terbentuk di Tanjong Katong Road South pada Sabtu (26 Jul) bantu menyelamatkan seorang pemandu wanita yang terperangkap dalam keretanya.
Dengan menggunakan tali, para pekerja itu menarik keluar wanita tersebut daripada tanah jerlus itu.
Mandur di tapak binaan itu, Pitchai Udaiyappan Subbiah berkata beliau sedang bekerja di tapak binaan berhampiran apabila beliau terdengar bunyi yang kuat.
"Saya pergi melihat (apa yang berlaku)... Saya melihat sebuah kereta, seorang wanita berada dalam kereta itu," katanya kepada para wartawan apabila ditemui di tapak lubang benam itu pada Ahad (27 Jul).
Wanita itu sempat keluar daripada kenderaannya dan tidak basah kuyup, katanya.
Mediacorp difahamkan bahawa tanah jerlus itu belum digenangi air pada ketika itu.
Beberapa pekerja mahu masuk ke dalam lubang itu untuk menarik keluar wanita itu, tetapi Encik Subbiah menasihatkan mereka supaya jangan melakukan demikian.
"Saya katakan kepada pekerja saya, kalau anda turun, anda pun tidak boleh panjat keluar," katanya yang berusia 46 tahun.
Tiga pekerja kemudian melontarkan tali nilon ke dalam tanah jerlus itu untuk menarik keluar wanita itu ke tempat yang selamat.
Mereka bertanya kepada wanita itu jika terdapat sesiapa lagi dalam kereta itu, dan wanita itu katakan tidak.
Encik Subbiah kemudian meminjamkan telefon bimbitnya kepada wanita itu supaya beliau boleh menghubungi anak perempuannya.
Encik Subbiah sudah bekerja di Singapura selama 22 tahun dan beliau berasal dari India.
Menurutnya, kesemuanya berlaku dalam masa sekitar lima minit.
Encik Subbiah adalah pekerja syarikat binaan Ohin Construction.
Wanita itu dibawa ke hospital oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Dalam satu kemas kini pada Ahad, agensi air negara PUB menyatakan wanita itu sedang menjalani pemeriksaan lanjut dan beliau tetap boleh berjalan.
SCDF menyatakan dalam catatan di Facebook bahawa wanita itu sudah pun diselamatkan oleh para pekerja di tapak binaan sebelum pihaknya tiba.
"Kami akan menghubungi para pekerja itu untuk memberikan mereka penghargaan atas keberanian dan tindakan pantas mereka dalam menyelamatkan nyawa," ia menambah.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada awal pagi Ahad jalan raya itu akan ditutup sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
LTA juga sedang bekerjasama dengan PUB dan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) untuk memantau kerja-kerja pembaikan.
Ia menambah, semakan awal oleh BCA menunjukkan bangunan sekitar kawasan tersebut tidak terjejas dan PUB juga sudah pun mengasingkan paip air utama yang terjejas.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.