Tindakan Lee Hsien Yang tidak akan ganggu tumpuan pemerintah tangani isu utama rakyat SG: PM Wong
Tindakan Encik Lee Hsien Yang tidak akan mengganggu tumpuan pemerintah dalam urusan menangani isu-isu utama yang penting kepada rakyat Singapura, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (8 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tindakan Encik Lee Hsien Yang tidak akan mengganggu tumpuan pemerintah dalam urusan menangani isu-isu utama yang penting kepada rakyat Singapura, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (8 Nov).
"Dalam hal melibatkan Encik Lee Hsien Yang, beliau telah membuat tuduhan di mana pemerintah sudah pun memberi respons sepenuhnya. Saya tidak boleh kawal apa yang beliau katakan atau lakukan," kata Encik Wong dalam satu sidang media bersama media tempatan di National Press Centre.
Beliau menarik perhatian tiada sekatan undang-undang dikenakan terhadap Encik Lee Hsien Yang, mahupun isteri dan anak lelakinya untuk pulang ke Singapura.
Encik Lee Hsien Yang dan isterinya, Lee Suet Fern telah meninggalkan Singapura sejak 2022 selepas mereka memutuskan untuk tidak menghadiri satu sesi temubual bersama polis berhubung kemungkinan berlaku kesalahan kerana memberi bukti palsu dalam persidangan mahkamah mengenai surat wasiat bapanya, Lee Kuan Yew yang merupakan perdana menteri pengasas Singapura.
Encik Lee Hsien Yang telah memohon perlindungan suaka di United Kingdom pada 2022, ditemubual oleh media luar negara di mana beliau mendakwa berlaku 'kempen penganiayaan' terhadap dirinya serta membuat tuduhan lain mengenai penindasan politik di Singapura.
Namun kesemua tuduhan itu telah pun disangkal oleh pemerintah Singapura.
Pada Jumaat (8 Nov), Encik Wong berkata: "Tidak kira apa pun tindakan (Encik Lee Hsien Yang), ia tidak menganggu tumpuan saya dan pasukan saya daripada memberi perhatian kepada isu-isu utama yang penting bagi rakyat Singapura, iaitu menjaga mata pencarian rakyat Singapura, memajukan taraf hidup kita dan memastikan kita terus membina masa depan lebih baik untuk diri kita."
'DENDAM PERIBADI'
Dalam satu temu bual berasingan pada bulan lalu bersama The Associated Press dan The Guardian, yang diadakan kira-kira dalam tempoh seminggu, Encik Lee Hsien Yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Singapura, termasuk menyatakan negara ini telah menjadi lebih mengongkong dan ia mengekalkan langkah-langkah penindasan yang diperkenalkan apabila mendiang bapanya adalah perdana menteri negara ini.
Pada 22 Oktober lalu, Encik Lee Hsien Yang mengumumkan di media sosial bahawa beliau diberikan suaka di United Kingdom.
Sambil menukil 'serangan' pemerintah Singapura terhadap dirinya, beliau memohon perlindungan suaka 'sebagai pilihan terakhir'.
Pemerintah Singapura menyatakan pada 31 Oktober lalu bahawa Encik Lee Hsien Yang menjadikan 'dendam peribadinya' sebagai satu kempen antarabangsa untuk mencemarkan "nama baik bapanya, keluarga dan negara".
MENGUKUHKAN HUBUNGAN SINGAPURA-UK
Menjawab soalan tentang sama ada saga melibatkan Encik Lee Hsien Yang itu mengeruhkan hubungan antara Singapura dengan UK, Encik Wong berkata keputusan berhubung permohonan suaka politik terletak pada kerajaan UK, dan beliau tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mereka.
"Saya telah bertemu dengan (Perdana Menteri UK) Keir Starmer di Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM), dan kami mempunyai perbualan yang baik. Kami tidak menyentuh pun tentang perkara ini," katanya.
Encik Wong telah mengadakan lawatan ke Samoa pada bulan lalu bagi menghadiri sidang puncak Komanwel, iaitu yang kali pertama sejak beliau memegang jawatan perdana menteri.
"Kami telah menjalin kerjasama strategik bersama UK. Kami ada banyak bidang kerjasama dan saya rasa ada peluang untuk kami perkukuhkan hubungan itu lebih lanjut, terutama sekali sedang kami meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun depan," kata Encik Wong.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.