Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tindakan ISA peringatan kepada semua tentang pentingnya keharmonian kaum dan agama, kata Masagos

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tindakan keselamatan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap dua rakyat Singapura dan seorang warga asing menjadi peringatan bahawa keharmonian kaum dan agama di negara ini tidak boleh dipandang ringan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, mengulas mengenai penahanan tiga individu di bawah ISA dalam satu catatan di Facebook pada Isnin (10 Feb).

"Saya ingin menekankan bahawa rakyat Singapura perlu terus bersatu padu, tidak kira bangsa, bahasa, atau agama dan tidak membenarkan kejadian seperti ini memecahbelahkan masyarakat kita," kata beliau

Beliau turut menggesa masyarakat agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara, sambil menegaskan bahawa ancaman radikalisasi tidak boleh dipandang remeh.
 

Petikan dari Facebook. (Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Menurut beliau, keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggungjawab bersama, dan sebarang ancaman terhadap keharmonian sosial perlu ditangani dengan tegas.

"Saya menggesa agar kita semua sentiasa berwaspada dan saling menjaga satu sama lain, terutama sekali dalam masa-masa yang semakin bergejolak ini. Kita harus segera melaporkan kepada pihak berkuasa dengan cepat jika ada seseorang di kalangan kita yang mungkin menjadi radikal, supaya sokongan dan tindakan wajar dapat diberikan secepat mungkin. Marilah kita sama-sama memainkan peranan untuk memperkukuhkan keamanan dan keharmonian Singapura," tambahnya.

Encik Masagos turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa atas usaha mereka dalam memastikan keselamatan negara terus terjamin.

"Terima kasih kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri atas pemantauan mereka untuk memastikan Singapura aman dan selamat. Keharmonian sosial yang kita ada hari ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia adalah hasil kerja keras selama beberapa dekad," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan