Tindakan ganas, gugat keharmonian agama, tidak ada tempat di S'pura - Dr Maliki
Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman menegaskan, usaha banteras fahaman pelampau online perlukan pendekatan yang melibatkan semua masyarakat.
SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman menegaskan, usaha banteras fahaman pelampau online perlukan pendekatan yang melibatkan semua masyarakat.
Ia memerlukan sokongan badan-badan keagamaan serta sekolah, ibu bapa dan rakan sebaya untuk bekerjasama dengan inisiatif-inisiatif pemerintah.
Dr Maliki berkata demikian dalam satu acara silang agama yang dianjurkan bagi masyarakat Islam dan Yahudi pada Isnin(15 Mac).
Acara itu menghimpunkan sekitar 20 pertubuhan Melayu-Islam dan 10 pemimpin masyarakat Yahudi di Singapura.
Dr Maliki menambah, tindakan ganas tidak ada tempat di Singapura dan menekankan lagi perlunya masyarakat kekal bersatu dan tidak membiarkan ancaman atau individu yang radikal, menggugat keharmonian dalam masyarakat.
Acara diadakan susulan penahanan seorang belia, 20 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini (Mac) kerana merancang melakukan serangan ke atas masyarakat Yahudi di rumah ibadat mereka di Waterloo Street.
"Yang penting juga adalah untuk memastikan bahawa rakyat muda kita, remaja kita juga memahami akan pentingnya perpaduan ini supaya mereka akan menjadi pelapis masa hadapan," Dr Maliki.
"Di MOE juga, kami juga akan membantu guru untuk membimbing anak-anak murid mereka memahami pentingnya kita terus menjaga perpaduan kaum di Singapura ini," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.